12 Iklan Dan Filem Pendek Aidilfitri 2016 Yang Wajib Anda Tonton


Dalam tidak sedar tinggal lagi beberapa hari saja lagi untuk umat Islam menyambut Aidilfitri. Rasa tidak lengkap jika tiada iklan Raya dan Filem Pendek Aidilfitri sempena sambutan hari raya ini. Setiap tahun pasti ramai yang ternanti-nanti iklan-iklan Aidilfitri yang menyentuh jiwa, yang buatkan anda ketawa dan mengingatkjan kembali tentang memori-memori lalu.
Kami senaraikan 12 iklan raya & filem pendek Aidilfitri 2016 yang anda mesti tonton!
1. Samsung Ramadhan: SIBERTURAHIM
Berkisarkan tentang ikatan kekeluargaan dan hubungan adik-beradik yang renggang, bertaut kembali melalui aplikasi mesej Whatsapp oleh si bapa. Mungkin anda perlu sediakan tisu sebelum menonton.
2.  FABER – CASTELL MALAYSIA
Sudahkah anda bersiap sedia untuk menyambut tetamu di Hari Raya? Anda boleh buat macam ni untuk selamatkan rumah anda dari serangan kanak-kanak nakal di Hari Raya nanti.
3. PULANG – Rizalman For Zalora 2016 
Sebelum ini filem pendek Aidilfitri 2015 ‘Lara’ lakonan Fauziah Nawi dan Scha Alyahya berjaya membuatkan penonton menitiskan air mata.  Jadi, anda perlu tonton jalan cerita PULANG yang memang terbaik.
4. MACAM MANA NAK RAYA? – Jakel 
Iklan ini memang akan buatkan anda ketawa. Lakonan Jep Sepahtu, Nabil Ahmad dan Aaron Aziz ini pasti menghiburkan. Pasti perkara ini pernah terjadi pada anda. Biasalah konflik di pagi Hari Raya.
5. SEMPURNAKAN RAYA ANDA – Fashion Valet 
Biasalah di bulan Ramadhan akak-akak ni semua sibuk pergi Terawih, buat kuih Raya la. Mana ada masa nak pergi membeli-belah. Tak perlu risau, sekarang ni semuanya di hujung jari saja. Iklan ini beri anda idea untuk membeli baju Raya dengan mudah.
6. C&H Air Freshener
Iklan Hari Raya 2016 dari C&H Air Freshener ini sebenarnya simple saja. Tetapi gealagat pelakon di dalam komersial ini memang mencuti hati. Anda mesti tonton iklan menarik ini!
7. Watsons – RayaNiMestiCun
Bila tiba je Hari Raya, aura berseri tu selalunya lain dari yang lain. Takkan la anda nak tampil selekeh di pagi Raya, mesti semuanya nak nampak CUN! Apa lagi, sempat lagi untuk anda melawa sebelum Hari Raya nanti.
8. Tenaga Nasional Berhad – Lepas tu
Di Hari Raya kita akan bermaaf-maafan jika ada silap dan salah. Apa-apa pun iklan ini mengajar kita untuk mengaku kesilapan dan meminta maaf. Anda juga perlu memaafkan kesalahan orang lain.
9. SOALAN – KS Entourage 
Kasih sayang ibu tiada bandingan. Bila anak bersifat kurang ajar dengan ibu, sedikit pun kasih sayangnya tidak berubah. Lumrah manusia, bila dah merempat, baru nak sedar diri. Hargai setiap apa yang ibu bapa lakukan.
10. A Scent Holds A Thousand Memories – Kleenex 
Rasanya tak lengkap Hari Raya anda jika tiada tisu di rumah. Namun ada kisah disebalik tisu dan Hari Raya menerusi iklan ini. Kadang-kadang dengan bau sahaja sudah buatkan kita teringatkan tentang sesuatu.


11. Bahulu Emak - MYNIC Loop


12. Maghfirah Iklan Raya 2016 : Erti raya (Extended Version) - MrTheAllshared


Sumber : Hanasuva
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...

0 comment... add one now