6 Akaun Instagram Kucing Yang Paling Popular Di Malaysia


Alahai comelnya kucing-kucing ni. Rasa nak picit-picit je. Siapa yang tak sukakan kucing korang memang rugi.
Punyalah kucing tu comel, ada juga orang yang tak suka dan takut dengan kucing.
Sekarang ni banyak kucing dah jadi selebriti. Akaun instagram pun ramai followers, kalah korang.
Jom tengok 6 akaun instagram kucing paling popular di Malaysia!

1. Ohmyjep


Siapa tak kenal denga Jep ni. Dia ni kucing selebriti paling popular di Malaysia. Jep merupakan baka American Short Hair. Jep ni popular sebab dia hensem lepas tu suka buat muka selamba.
Instagram: @Ohmyjep

2. Bujibu Chempel


Pasangan selebriti Hairul Azreen dan Hanis Zalikha merupakan pemilik kepada kucing ini. Bajibu ni memang gemuk dan selalu jadi mangsa buli. Selalu kucing takut dengan timun, tapi Bajibu ni cool je.
Instagram: @Bajibuchempel

3. Pandarudin


Pandarudin ni milik pelakon cantik Yana Samsudin. Pandarudin ni kucing jantan yang keseorangan. Muka Pandarudin ni tak ada perasaan. Ada orang cakap muka Pandarudin ni macam Batman!
Instagram: @Pandarudin

4. Tiara & Wafi


Yang ni dua-dua kucing memang popular. Tiara merupakan kucing betina baka Crossed Persian dan Wafi kucing jantan baka MainecoonxRagdoll. Apa yang pasti kedua-duanya gebu dan cantik.
Instagram: @Leopawz

5. Beshetik

Kucing milik pelakon Zara Zya ni tak sukakan publisiti katanya. Memang gebu. Jenis Persian, kalau baring dekat lantai macam karpet dah. Apa yang pasti kucing ni tak takutvacuum dan rela disedut.
Instagram: @Beshetik 

6. Fluffy, Kucing Rempit Malaysia


Mesti korang tahu kan tentang kucing yang suka naik motor. Kucing tu nama dia Fluffy. Nama dia memang kena dengan badan dia yang gebu gebas. Bukan senang nak tengok kucing naik motor tapi duduk diam je.
Instagram: @Fluffy_69

Sumber : Hanasuva






RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now