7 Tanda-Tanda Sudah Tiba Masanya Untuk Anda Tukar Kerja

Ramai rasanya tiada siapa yang suka bekerja. Semua orang kalau boleh nak goyang kaki je dekat rumah tapi duit masuk je. Enjoy!

Tapi, dalam dunia ni, kalau inginkan sesuatu kena ada duit. Mana nak dapat duit kalau bukan kena bekerja.

Selalunya kalau bekerja di sesebuah syarikat, paling lama pun setahun dua. Lepas tu dah rasa bosan, kerja pun ala-kadar.

Ketahui 7 tanda ini yang menunjukkan sudah sampai masanya untuk anda tukar kerja.

1. Tiada kepuasan ketika bekerja



Waktu kerja pejabat di Malaysia antara 7 hingga 9 jam. Kalau anda dah rasa tak semangat, mungkin dah sampai masanya untuk anda tukar kerja. Sebab nanti, kerja yang anda buat tu tak ada kualiti sebab dah tak ada minat.

2. Anda selalu disalahkan walaupun terang-terang bukan salah anda



Anda selalu jadi kambing hitam di pejabat? Apabila berlaku kesilapan dan anda dipersalahkan walaupun bukan salah anda, dah tiba masanya anda angkat kaki.

3. Anda selalu jadi mangsa ‘jeritan’ bos



Kena marah dengan bos tu perkara biasa. Tapi, kalau bos tu selalu menjerit dan memalukan anda di depan pekerja lain, baik anda cabut lari.

4. Anda benci rakan sekerja anda



Tak suka dengan rakan sekerja tu normal. Tapi kalau sampai tahap BENCI tu, masalah besar. Sebab bekerja dengan mereka yang dibenci hanya akan buat anda lagi stres.

5. Tiada peluang untuk naik pangkat



Bila dah kerja setahun dua, mesti la nak naik pangkat. Tipu la kalau tak nak. Tapi, kalau nak kena ‘kipas’ bos baru boleh naik pangkat, lupakan je niat anda tu. Memang tak ada peluang.

6. Kurang komunikasi di pejabat



Bila bekerja ni kita nak rasa seronok. Tapi, kalau susah nak bekerja dalam kumpulan sebab yang lain tu buat hal sendiri je, memang payah la.

7. Bos jenis berlagak



Bos macam ni melemahkan produktiviti syarikat. Pekerja tak berani menyuarakan idea dan pendapat dek kerana takut ditolak. Moral dan motivasi pekerja akan merudum.


Sumber : Hanasuva

RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...

0 comment... add one now