Cara Baharu Renew Roadtax & Insuran Kereta Mulai 1.9.2016


Cara Baharu Perbaharui Roadtax & Insuran Kereta Mulai 1.9.2016

Peraturan cara baharu renew Roadtax dan Insuran kereta mulai 1 September 2016. Seperti sedia maklum berkuatkuasa mulai 1 Jun 2016, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak lagi mengeluarkan geran atau salinan geran yang hilang kerana telah mula kuatkuasa penggunaan sistem sijil VOC (Vehicle ownership certificate). Oleh itu dengan penggunaan sistem geran sijil VOC ini, tiada lagi cetakan belakang pada geran selepas renew roadtax di JPJ.

Cara Baharu Renew Roadtax & Insuran Kereta Mulai 1.9.2016

Berkuatkuasa mulai 1 September 2016, JPJ akan laksanankan pembaharuan roadtax tanpa geran secara menyeluruh di mana  pemilik kenderaan wajib hadir untuk renew dan perlu membuat pengesahan cap jari sebagai liabiliti yang bertanggungjawab merenew roadtax sesuatu kenderaan bagi tujuan keselamatan serta mengelakkan penggunaan kenderaan klon.

1. Penggunaan Geran lama akan ditukar kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) mulai 1 Jun 2016

2. Bermula 1 September 2016, Renew Roatax dan Insuran tidak lagi perlu geran kereta di JPJ. Dengan sijil VOC ini, tiada lagi cetakan belakang pada geran selepas renew roadtax di JPJ

3. Hanya perlu hadir ke JPJ dan buat pengesahan cap jari pemilik kenderaan yang sah sahaja.


Bagaimana Jika Geran Kereta Asal Hilang?
Sekiranya tuan/puan memerlukan maklumat kenderaan kerana geran asal telah hilang, tuan/puan di sarankan ke JPJ berdekatan untuk membeli maklumat kenderaan (RM20). Dan panjangkan kepada pihak insuran 1 salinan untuk renew insurans atau claim insurans.


Sumber
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...

0 comment... add one now