Kadar Bayaran Terkini Tol Lebuhraya Pantai Timur 2 LPT2


Kadar Bayaran Terkini Tol Lebuhraya Pantai Timur 2. 10 plaza tol bagi Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) telah mula beroperasi pada 7 Julai 2015, namun tidak dikenakan sebarang bayaran sebelum ini. 

Menerusi maklumat terbaru yang dikeluarkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), bayaran tol akan mula dikenakan kepada pengguna.

Menteri Besar Terengganu, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, bayaran tol itu akan mula dikenakan kepada pengguna lebuh raya selepas beberapa kali tertangguh dan diberikan laluan secara percuma sejak dua tahun lalu.

Mulai 15 Julai 2016 ini pengguna Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2(LPT2) akan dikenakan caj bayaran tol apabila melalui lebuhraya itu. Sebelum ini, Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abd Rahman menangguhkan bayaran tol bagi meringankan beban kepada anak-anak Pantai Timur yang ingin pulang untuk beraya di kampung halaman.

Tarikh 15 Julai 2016 adalah tarikh yang tepat sekali untuk memulakan kutipan tol di LPT2 kerana tidak melibatkan musim cuti sebarang sambutan perayaan.

Senarai Plaza Tol di LPT 2
Kutipan tol di LPT2 melibatkan 10 plaza tol iaitu:


  • Plaza Tol Cheneh
  • Plaza Tol Chukai
  • Plaza Tol Kijal 
  • Plaza Tol Kerteh
  • Plaza Tol Paka
  • Plaza Tol Kuala Dungun
  • Plaza Tol Bukit Besi
  • Plaza Tol Ajil
  • Plaza Tol Telemong
  • Plaza Tol Kuala Terengganu


Kadar Bayaran Tol di Setiap Plaza Tol LPT2
Kadar tol permulaan bagi LPT2 adalah 12sen/km bagi kenderaan Kelas 1(kereta). Sebagai contoh pengguna yang membuat perjalanan dari Plaza Tol Kuala Terengganu ke Plaza Tol Cheneh dan sebaliknya akan dikenakan bayaran tol sebanyak 19.70.


Berikut adalah kenyataan media: Kutipan Tol di Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) mulai 15 Julai 2016.



Walaupun keputusan telah dibuat, masih ada lagi yang tidak bersetuju dan tidak berpuas hati dengan keputusan kutipan tol di LPT2 ini. Hal ini demikian kerana salah satu sebab adalah keadaan jalan di LPT2 sangat merbahaya dan risiko kemalangan yang tinggi.

Sumber : BlogAmmar.com
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...

0 comment... add one now