Kajian Mendapati, Wanita Gemuk Lebih Ceria Dan Bahagia Dari Wanita Kurus


Anda perasan tak, wanita berbadan besar atau chubby kebanyakkannya jenis yang ceria dan happy go lucky je?

Menurut kajian, wanita berbadan besar kelihatan lebih ceria. Ini bukan rekaan tetapi ianya berdasarkan kaji selidik.

Berdasarkan kaji selidik yang dilakukan oleh Littlewoods.com ke atas 2,000 orang wanita, sebanyak 74 peratus wanita berbadan gempal mengakui rasa bahagia dengan berat badan mereka.

Peratusan tersebut ternyata lebih tinggi daripada apa yang dirasai oleh wanita berbadan langsing, dimana hanya 47 peratus wanita langsing yang mengakui rasa bahagia dengan bentuk badan mereka.

Manakala, 52 peratus daripada wanita kurus ini, mahukan bentuk badan lebih berisi kerana ia kelihatan lebih seksi.

Wanita berbadan besar juga sering mengamalkan konsep hidup ‘whatever’ dan tidak peduli dengan tohmahan orang lain tentang diri mereka. Patutlah happy je!

Sumber : Hanasuva.com
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...

0 comment... add one now