Kes Cikgu Tampar Pelajar : Komen Pemuda Ini Buatkan KPM Sentap


Komen dari Fdaus Ahmad ini adalah yang paling makan dalam untuk KPM. Ini pandangan beliau yang jika difikirkan semula ada betulnya. Sama-sama kita ambil iktibar.

Amboii KPM, budak kena lempang terus nak buat taklimat bagi arahan cikgu jangan buat tu, cikgu jangan buat ni.

Macam ni, ada benda lagi penting yang patut kena buat, ni aku senaraikan:
1. Jangan bebankan cikgu dengan kerja kerja admin yang memenatkan dan tak ada kena mengena dengan silibus pelajaran budak budak.
2. Jangan harap cikgu je nak kena keluar duit sendiri beli benda benda yang sepatutnya sekolah dan KPM patut sediakan.
3. Jangan nak harap ke cikgu nak fikir cari duit untuk kelangsungan pengurusan sekolah. Ini tidak, nak beli kompiter sekolah pun sampai kena buat 8 kali setahun lawatan sambil belajar punya la nak cari duit.
Fokus cikgu ni mendidik anak murid ke atau nak kena fokus cari duit untuk sekolah?
4. Laki kena mengajar kat empangan Bakun, bini pulak mengajar kat Kodiang. Dah minta tukar nak duduk dekat sampai 4-5 tahun tak dapat. Aku tak faham macam mana la cikgu nak fokus mendidik (fokus cari duit dan fokus juga jadi eksekutif pengurusan 🙄), kalau fikiran dan jiwa dia tak tenteram ingat laki/bini/anak duduk jauh.
Macam mana nak lahirkan umat sejahtera kalau cikgu yang mengajar pun tak ada perasaan sejahtera ingat anak bini?
5. Bila jadi benda benda macam tu, kau ingat cikgu cikgu tak efek ke moral depa? Cikgu cikgu ni orang, bukan orang orang. Jadi tak hairan lah cikgu cikgu tak bersemangat, cikgu cikgu pakat meniaga tudung, cikgu cikgu meniaga kek.

Lepas tu datang pulak budak budak jenis perangai setan, memang sedap lah kena lempang.

Tingkatkan fokus untuk selesai hal hal tu dulu, bukan bila jadi isu baru melompat, kemudian hukum cikgu. Tak cukup lagi, keluar pulak arahan-suruh-jangan itu ini.

Masalah yang lagi besar tak ada solusi jugak.
"Tak suka jadi cikgu, berhenti je lah!"

Amboii senangnya.

Ni bukan masalah cikgu tu kena fikir nak berhenti ke tidak. Kalau suasana kerja tu elok, best, ada kepuasan bekerja, tak kan timbul soal berhenti berhenti ni.
Sediakan suasana dan keperluan cikgu yang sepatutnya, jangan tekan depa dengan bebanan yang menggila.

Cikgu ni pendidik yang perlu dihormati, bukan kuli batak senang senang kita nak buli. Buli suruh buat latihan tepuk tangan contohnya, Ingat orang lupa?
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...

0 comment... add one now