6 Ciri-Ciri Ini Yang Ada Pada Wanita, Membuatkan Lelaki Tertarik


Wanita selalunya akan pakai pakaian yang cantik dan juga mekap untuk menarik perhatian lelaki. Itu memang pasti! Jangan nak nafikan okay!

Tapi, walaupun dah berdandan cantik, pasti anda akan tertanya-tanya, ‘Apa sebenarnya ciri yang perlu ada pada wanita untuk buat lelaki tertarik?’

Sebuah kajian dilakukan oleh Business Insider, untuk mengetahui apakah ciri yang perlu ada pada wanita untuk menarik perhatian lelaki.

Ini jawapan kepada soalan tersebut. Get ready Ladies!

1. Pinggul besar


Ahli antropologi dari New Zealand, Barnaby Dixson berkata, lelaki lebih sukakan wanita yang mempunyai pinggul besar. Lagi besar, lagi bagus kerana peluang untuk dapat anak tinggi.

2. Suara yang nyaring


Lelaki tidak suka wanita yang mempunyai suara besar sama seperti mereka. Jika suara wanita tersebut nyaring, itu bermakna tubuh mereka juga kecil dan kurus. Jika dibandingkan dengan wanita gemuk, suara mereka besar.

3. Rambut yang cantik


Lelaki sukakan wanita yang berambut tebal, terurai panjang jika dibandingkan dengan wanita yang berambut pendek seperti lelaki. Rambut yang cantik menyerlahkan kewanitaan seseorang.

4. Senyuman


Wanita yang sentiasa tersenyum memiliki daya pemikat dan membuatkan lelaki mudah jatuh cinta. Rajin-rajin senyum lepas ni okay!

5. Tanpa mekap


Wanita pakai mekap memang cantik, tapi itu tak bermakna lelaki akan tertarik. Lelaki sukakan wanita yang hanya memakai mekap nipis. Lelaki lebih tertarik dengan wanita yang jadi diri mereka sendiri dan tidak hipokrit.

6. Memakai warna merah


Bukan hanya memakai baju warna merah, lelaki sukakan wanita menggunakan lipstik merah, kasut merah dan apa sahaja yang berwarna merah. Warna merah meningkatkan daya tarikan fizikal lelaki terhadap wanita.

Sumber : Hanasuva.com
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...

0 comment... add one now