Datuk Siti Nurhaliza ‘Dimalukan’ Peminat Kerana Salah Berbahasa Inggeris


Alahai macam-macam hal betul dengan peminat artis tempatan ni.. Kadang-kadang rasa nak nangis pun ada, kadang-kadang rasa geram pun ada jugak dengan ‘kehebatan’ rakyat Malaysia dalam berbahasa ‘omputih’ ni..

Baru-baru ini penyanyi nombor satu Malaysia, Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya Datuk Seri Khalid atau lebih dikenali sebagai Datuk K telah menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke-10.. Sempena ulangtahun perkahwinan mereka, pasangan ni telah mengambil peluang untuk pergi ‘honeymoon’ bersama sekali lagi..

Dimana tempat mereka ‘berhoneymoon’, tidak didedahkan.. Menerusi Instagram Datuk Siti, beliau telah memuat naik gambar bersama Datuk K di balai pelepasan lapangan terbang..

Tapi kapsyen pada gambar tersebut yang ditulis Datuk Siti telah ditegur seorang peminat, kerana dikatakan Datuk Siti tersalah menggunakan satu perkataan ‘omputih’..


Ini antara kapsyen yang ditulis Datuk Siti, “Bismillah…Semoga selamat perjalanan pergi pulang..#AnniversarygateAway”..

Kalau uolls bijak dan hebat dalam bahasa omputih, sila cari apakah kesalahan perkataan yang telah ditulis oleh Datuk Siti? Kalau uolls tak nampak sebarang kesalahan dalam kapsyen yang ditulis Datuk Siti, ini bermakna korang pun tak hebat berbahasa omputih.. Hahaha..

Bagi Miss A, salah di kapsyen tu sikit je kot.. Dari kesalahan tu la boleh membuatkan kita belajar untuk memajukan diri.. Tak kan nak tunggu hebat dan ‘perfect English’, baru nak boleh ‘speaking’ kot.. Sampai bila nak maju kalau salah sikit pun nak bahan, tak salah nak tegur dik.. Tapi janganlah sampai menghina..

Apapun, Miss A doakan Datuk Siti dan Datuk K selamat sampai ke destinasi yang ingin dituju.. Ramai peminat berharap pasangan ini akan bawa berita gembira selepas pulang dari ‘honeymoon’ nanti.. Hehehe.. Korang pun paham-pahamlah.

Sumber : Utaranews
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...

0 comment... add one now