Ini Jawapan Jurutera Perodua Atas Dakwaan Viral Stereng Axia Terkunci Tiba-Tiba Hingga Sebabkan Kemalangan


Baru-baru ini terdapat seorang pengguna Perodua Axia telah menulis di akaun Facebook miliknya mengenai masalah pada keretanya yang telah menyebabkan kemalangan. Pengguna itu, Hussein Mat Omar, pada 2 Ogos mendakwa stereng keretanya terkunci tiba-tiba sewaktu sedang memandu dan menyebabkan berlaku kemalangan.

Tulisan Hussein telah menjadi viral:

KEPADA SEMUA PEMILIK KERETA AXIA. PERINGATAN BUAT ANDA SEMUA.

Salam buat semua.

Pada 6hb Jun 2016 yg lalu (puasa pertama Ramadhan)..saya memandu kereta Axia saya dari Jawi menuju ke Glugor dan ketika itu hujan dan saya memandu dalam kelajuan 70-80kmj..saya hendak gunakan jambatan kedua dan apabila tiba disusur keluar Plus ke jambatan kedua (di lencongan)..tiba-tiba steering axia saya lock dan tak boleh dipusingkan..apalagi saya terus tekan brek tetapi malangnya brek juga tidak berfungsi langsung...terus menghentam railing sisi kanan dan terus ia seret kesebelah railing sisi kiri dan terus kereta saya terhenti....airbag juga tidak berfungsi...
Saya terus matikan enjin kereta dan periksa anak dan isteri dulu...tengkok isteri saya sakit dan tidak boleh pusing manakala anak saya yg duduk dibelakang mengalami sakit pinggang dan Alhamdulillah saya ok...saya uruskan ambulan dahulu sebelum hubungi wakil perodua bagi menunda kenderaan saya..

Keesokan harinya saya membuat laporan polis di Balai Polis Daerah Jawi.Selang 3hari saya menulis kepada pihak perodua Hq untuk maklumkan kejadian yg menimpa saya dan meminta mereka siasat punca kejadian dan rectify segera agar ianya tidak menimpa pemandu axia yg lain dan saya juga minta agar mereka memperbaiki secara percuma atau gantikan sebuah kereta lain..saya juga cc surat tersebut kepada Menteri Pengangkutan..Jpj..Perodua Seberang Jaya dan juga CAP....saya cuma terima maklumbalas dari CAP sahaja dan juga dari Perodua Hq yg mengatakan mereka masih menyiasat. .Hari ini saya menerima laporan rasmi hasil siasatan tersebut...malang sekali hasil siasatan mereka bukanlah mencari punca yg menyebabkan steering lock..brek dan air bag yg tidak berfungsi tetapi siasatan mereka lebih menjurus kepada mencari alasan yg boleh menjadi sebab bagi menyalahkan pelanggan....hasil siasatan mereka menyatakan puncanya adalah kerana tayar botak...

Tayar botak??? Kepada pakar penyiasat yg bijak saya nak tanya...kalau tayar botak sekalipun bukankah brek akan berfungsi seperti biasa cumanya kereta akan terseret sedikit dan akan ada kesan tayar ditempat kejadian...adakah anda menyiasat ditempat kejadian? Memanglah hasil siasatan anda semua ok...lepas kemalangan tu saya off enjin dan on balik semua ok...tapi punca yg menyebabkan steering lock, brek dan airbag tak berfungsi anda tak siasat...siasatan hanya untuk cari sebab salahkan pengguna dan lindungi syarikat Perodua....Bagaimanakah sekiranya kejadian sebegini melibatkan kehilangan nyawa? Mahu pula terkena keatas anda atau ahli keluarga anda....
Jadi kepada semua pemilik Axia berhati-hatilah kerana Perodua tiada sifat ehsan atau perikemanusiaan....sekiranya anda kemalangan berpunca dari steering lock secara tiba2..dan tayar anda elok dan masih baru...maka satu alasan baru akan dicari untuk salahkan anda...
Setahu saya sudah ada 2-3 kes yang sama berlaku...

Sekarang dalam proses insurans dan dengar khabar kemungkinan total lost.. 
Saya sedang menimbang untuk mengambil tindakan guaman..
Mohon sahabat2 dapat viralkan agar menjadi pengajaran buat Perodua. .saya bertanggingkawab sepenuhnya atas tulisan ini....

Bagaimanapun, seorang jurutera Perodua bernama Mohd Shukri Ismail telah memberi penerangan mengenai apa yang sebenarnya berlaku.

Stereng Seakan Terkunci Kerana Kereta Tiada Anti-lock Braking System (ABS)

Saya terpanggil untuk menjelaskan tentang isu steering Axia terkunci sehingga menyebabkan kemalangan. Saya adalah seorang pekerja Perodua & saya selalu berurusan dgn perkara2 berkaitan teknikal. Dengan background engineering sedikit sebanyak saya faham konsep sistem keselamatan sesebuah kenderaan. Utk kes yg viral baru2 ini boleh saya simpulkan kereta yg terlibat tdk memiliki ciri sistem brek ABS. Apabila kereta yg tdk memiliki ABS membuat brek secara mengejut automatik tayar hadapan akan terkunci lalu menyebabkan kereta mengelongsor kehadapan tanpa boleh dikawal. Ini menyebabkan steering seolah2 terkunci disebabkan kedudukan tayar hadapan yg telah terkunci pergerakannya. Jika berada diselekoh boleh menyebabkan kereta terbabas ke divider. Tiada apa yg boleh dibuat oleh pemandu utk mengawal kenderaan semula. Cuba lihat video yg di link sbg contoh apa yg bakal berlaku jika kereta anda tidak memiliki sistem ABS.




Sumber: Hussein Mat OmarMohd Shukri Ismail
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...

0 comment... add one now