Kalau Terjebak Bercinta Dengan Lelaki Orang, Baik Angkat Kaki


Saya nak kongsi pengalaman saya sendiri dengan semua. 5 tahun yang lepas, saya ada berkenalan dengan seorang lelaki melalui Facebook. Pada awal perhubungan kami, kami hanya berbual menerusi Facebook sebelum bertukar nombor telefon.

Tidak lama kemudian, dia mengajak saya keluar bersama dan bermula dari saat itu, hubungan kami menjadi semakin erat. Perkataan sayang tidak pernah lekang dari mulutnya.

Hampir sebulan kami berkawan, baru dia beritahu saya bahawa dia sebenarnya sudah berkahwin. Pada mulanya, saya agak terkejut tapi disebabkan perasaan sayang yang mendalam, saya tidak ambil peduli tentang perkara itu, janji kami bahagia. Lagipun dia ada menceritakan tentang rancangannya untuk bercerai dengan isterinya.

Suatu hari, saya cakap saya nak tengok muka isteri dia, dia kemudiannya menunjukkan saya gambar isteri dan dua orang anaknya. Saya tidak tipu, isteri dia memang cantik putih melepak lak tu, kalau nak diikutkan, bini dia tu boleh dapat 10 kali ganda lelaki lebih kacak berbanding dengan suaminya sekarang. Tidak hairanlah sebab orang Sarawak memang kebanyakkannya putih-putih belaka.

Sejak dari saat itu, saya sering terbayang-bayangkan wajah isteri dan anak-anaknya dan terlintas di fikaran juga apa perasaan saya kalau berada di tempat isteri dia. Keesokan harinya, tanpa berfikr panjang lagi, saya membeli kad sim baru dan saya patahkan kad sim yang lama. Saya pergi macam itu sahaja tanpa beritahu apa-apa kata putus.

Sampai sekarang ini, saya tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu apa-apa pasal dia. Setahun jugalah saya kekal single sebelum Allah SWT gantikan saya dengan lelaki yang jauh lebih baik iaitu suami saya sekarang.

Alhamdulillah tahun ini, genaplah tiga tahun usia perkahwinan kami dan kami baru dikurniakan seorang cahaya mata yang baru berusia lima bulan.

Lama jugalah kami tunggu rezeki anak ini, tapi suami tidak pernah sekali pun cuba untuk mengambil kesempatan untuk berkahwin baru dengan menggunakan alasan untuk mendapatkan anak.  Suami saya sendiri pernah berkata kepada saya, kalau belum rezeki nak buat macam mana. Tidak mengapa, kita ambil anak angkat sahaja.

Sampai sekarang ini, saya rasa sangat-sangat bahagia. Sujud syukur kepadaMu ya Allah SWT sebab temukan saya dengan lelaki yang sangat-sangat baik.

Nasihat saya kepada wanita-wanita di luar sana, kalau terjebak cinta dengan lelaki orang, baik angkat kaki blah. InsyaAllah, Allah SWT akan gantikan korang dengan pasangan yang jauh lebih baik. Jangan suka guna alasan takdir untuk meruntuhkan rumahtangga orang. Anggap sahaja itu satu ujian dari Allah untuk menguji keimanan korang.

Sumber : KRT
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now