PENDEDAHAN HIDAYAH AZMIL MUSTAPHA atau di kenali ALI SETAN. Segalanya Berubah Apabila Dia Bertemu Pemandu Teksi Pakistan Di New York.


Alhamdulillah, hari ini kami dapat mendengar kuliah yang disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Azmil Bin Dato’ Mustapha atau dulu pernah dikenali sebagai Ali Setan. 

Beliau kini sedang belajar di Syria dan pulang seketika ke tanahair. Kami sempat menjemput beliau untuk memberi tazkirah di surau pejabat kami. Janggutnya sudah putih melepak dan panjang

Pada permulaan, beliau menceritakan bagaimana dia menjadi baik. Saya pernah membaca artikel yg sewaktu dia menjadi artis , apabila pulang ke rumah beliau suka menonton bacaan Al-Quran dan terjemahan di TV1 tiap malam sebelum siaran TV tamat. 

Rasanya bacaan itu tiada lagi sekarang. Hal ni tak pula diceritakan pd hari ini. 

Menurut beliau dia mula ingin menjadi baik apabila berkunjung ke New York untk menghadiri bengkel perfileman selama 3 bulan. 

Beliau merancang untk tinggal di rumah kawannya di New York. Beliau berjanji untk pergi ke sana pd hari Jumaat tetapi oleh kerana terlalu excited, beliau ke sana pd hari Selasa. 

Kawannya tak bersedia menerima beliau kerana sepatutnya beliau hadir pd hari Jumaat. Tanpa tempat tuju, beliau menaiki teksi dan menyatakan ingin ke New York.

 “New York besar tuan, ke mana ?” tanya pemandu teksi berbangsa Pakistan. 

“Saya tak tahu..” jawab Ali Setan. 
“Kau ni Orang Islam ke? tanya pemandu teksi. 
“Ya. Islam” jawab Ali Setan. 
“Kalau aku bawa kau ke Masjid, ok? tanya pemandu. 
“Boleh juga” balas Ali. 
“Walaupun di Malaysia jarang-jarang ke masjid, di New York ke masjid pula”, kata Ali di dlm hati. 

Oleh kerana pd masa itu sudah masuk waktu solat, Si pemandu teksi jg solat di masjid. Ali jg turut sama. Akhirnya Ali dpt menumpang tidur di masjid di New York selama beberapa malam. 

Beliau turut solat di sana. Beliau berfikir, bila pulang ke Malaysia nanti beliau ingin berubah menjadi baik. Inilah antara titik perubahan beliau. Untuk perkongsian ilmu pd hari ini. 

Beliau berkongsi tujuh perkara yg sunnah yg beliau sendiri telah amalkan. 
Ianya adalah :
  
1. Solat Tahajud
Ustaz Azmil mula solat tahajud apabila terpaksa menjaga anaknya ketika usianya 4 bulan. Ketika itu beliau bercerai dgn isterinya. Anaknya suka bangun pd pukul 3 pagi. Beliau mengambil kesempatan untk solat tahajud dan merasa nikmat solat tersebut. 

2. Membaca Al-Quran 
Sewaktu waktu dahulu beliau tak pandai membaca Al-Quran. Pada masa itu beliau tak hafal Al-Fatihah. Beliau terpaksa menulis Al-Fatihah dlm tulisan rumi jika ingin solat. Alhamdulillah beliau kini telah hafal banyak surah. 

3. Solat Berjemaah di Masjid 
Beliau cuba solat 40 waktu di masjid. Banyak dugaan yg dihadapi seperti selepas 30 waktu ada bermacam-macam perkara berlaku seperti birthday mak beliau, sepupu kahwin dsb. Akhirnya beliau berjaya solat 40 waktu dan sekarang tetap melakukannya. 

4. Solat Dhuha 
Dhuha sebagai anak kunci rezeki. Ustaz Azmil pernah menyimpan sebanyak RM3 juta sewaktu menjadi artis. Duit berkenaan habis dlm masa 2 tahun sahaja. Ketika pergi ke Syria, beliau sudah mengamalkan solat Dhuha. 
Duitnya habis selepas 3 bulan setengah, tapi rezeki beliau dan keluarga di sana tak pernah putus. Beliau telah pulang ke Malaysia sebanyak 7 kali dlm masa 3 1/2 tahun. Tidak termasuk ke tempat lain seperti London, Brussel, Dubai, etc. 

5. Bersedekah 
Adat di Syria ialah guru akan memberi makan / barang kepada anak murid. Ustaz Azmil mengajar bahasa Inggeris di sana kerana beliau fasih berbahasa Inggeris. Selepas kelas di rumah beliau, anaknya akan memasak makanan. Pada suatu hari selepas memasak, semua bahan makanan seperti beras, ayam, dsbnya habis. Alhamdulillah keesokan harinya ada orang menghantar seguni beras dan bahan-bahan masakan lain. 

6. Sentiasa Berwuduk 
Apabila berwhuduk, malaikat akan berdoa meminta keampunan ke atas orang yg berwudhuk. 

7. Sentiasa Beristighfar kepada Allah 
Selalulah meminta ampun dan bertaubat kepada Allah agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita. 

Semoga bermanfaat. 

Sumber: FB AZEMI ALI. via utusanmalaysian.blogspot.com
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now