Rupanya Inilah Perkerjaan Lain Dato’ Lee Chong Wei Selain Dari Bermain Badminton


Nama Dato’ Lee Chong Wei memang tidak asing lagi dalam dunia badminton. Bukan sahaja di kenali di Malaysia, malah di persada dunia.

Di dalam gelanggang, beliau tidak mengenal erti kekalahan dan memenangi pelbagai kejuaraan untuk Malaysia. Apa yang pasti, hasil dari titik peluhnya, hadiah wang lumayan menjadi miliknya.

Manakala di luar gelanggang, beliau diminati oleh syarikat-syarikat korporat, nama dan wajahnya juga bernilai untuk dikomersialkan bagi tujuan melariskan produk mereka.

Memiliki syarikat pemaju perumahan Chong Wei Binajaya


Mungkin tidak ramai tahu, Chong Wei memiliki sebuah syarikat pemaju perumahan di Kuala Lumpur, iaitu Chong Wei Binajaya.

Kompleks sukan Sports Arena


Selain itu, beliau turut mempunyai sebuah kompleks sukan yang diberi nama Sports Arena Sentosa yang terletak di Taman Seri Sentosa, Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur.

Sehingga kini asetnya mencecah RM300 juta

Menurut sebuah portal, thecelebritiesnetworth.com, kekayaan Chong Wei kini telah mencecah AS$75 juta (RM300 juta) hasil daripada hadiah kemenangan, sektor perniagaan, duta kepada puluhan produk di peringkat antarabangsa dan tempatan, hartanah dan koleksi kereta mewah yang dimilikinya.

Aset pada tahun 2011, RM1.7 juta meningkat kepada RM237 juta

Manakala menurut portal Sport Rich List (senarai kekayaan atlet dunia), aset Chong Weipada 2011 ialah sebanyak AS$267,300 (RM1.7 juta) dan meningkat kepada AS$59 juta (RM237 juta) pada 2013.

Miliki 6 kereta mewah & pelbagai jenama jam tangan


Chong Wei sukakan kereta mewah dan sehingga kini, beliau memiliki Skyline R35 GTR, BMW X6 Coupe, Ferrari F430, Lamborghini Aviator, Audi R8 dan Bentley Continental GT1.

Selain itu, Chong Wei sukakan jam tangan. Difahamkan, terdapat pelbagai jenama jam tangan yang dibelinya dan disimpan dalam tiga kotak besar.

Akhbar Dongguan Shibao dari China melaporan, jenis kediaman yang diduduki oleh Chong Wei tidak jauh bezanya dengan kebanyakan orang, namun pasti ramai yang akan terkejut melihat koleksi kereta yang disimpannya.

Selain pemain badminton, duta produk sumber pendapatan utama


Pelantikan Chong Wei sebagai duta produk merupakan satu lagi sumber pendapatan utamanya. Bagi setiap produk, bayaran yang diterima dipercayai mencecah sehingga jutaan ringgit.

Antara syarikat-syarikat yang melantik Chong Wei sebagai dutany ialah Yonex, Samsung, KDU Educations Group, XOX, syarikat pengeluar kopi, kerusi urut, resort dan banyak lagi.

Tahniah Dato’ Lee Chong Wei, kami sayang awak ketat-ketat!
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...

0 comment... add one now