"Saya Kesiankan Ibu, Runsing Nak Bayar Sewa Tak Ada Duit," Kisah Adik Irham Gigih Menjual Pulut Panggang Di LRT Setiawangsa


Sebelum ini telah viral di laman sosial Facebook kisah seorang adik bernama Muhamad Irham Mohd Fadzil berumur 10 tahun di mana dia telah menolong ibu menjual pulut panggang di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Setiawangsa.

Kisahnya ini yang dimuatnaik oleh saudari Fuzianna Ibrahim yang turut dimuatnaik oleh kami telah mendapat perhatian ramai masyarakat yang ingin membantu beliau dan ibunya.

Ramai yang memberitahu jarang berjumpa dengan adik berkenaan selepas viral, mungkin kerana jualannya cepat habis, menyebabkan dia susah ditemui.

Memetik tulisan Harian Metro, adik ini dan ibunya, Rita Asri, 38, tinggal di Keramat dan telah ke stesen berkenaan untuk mencari rezeki sejak lima bulan lalu.

Mereka dikatakan akan membawa dua buah bakul berisi pulut panggang setiap hari kira-kira jam enam petang.


Adik Irham memberitahu yang dia menjual kuih berkenaan kerana kasihankan dengan ibunya yang mengalami kesempitan hidup.

“Saya selalu lihat emak menangis kerana rungsing ketiadaan wang untuk membayar sewa bilik RM350 sebulan dan lain-lain perbelanjaan," katanya.

Dua beranak ini juga telah berjaya dijejaki oleh pihak Baitulmal, hasil semakan Puan Rita merupakan penerima Bantuan Kewangan Bulanan Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Menurut Baitulmal lagi, mereka dikatakan tinggal menyewa sebuah bilik bersama empat orang anak yang lain di Lorong Keramat 3, Kg, Datuk Keramat.

"Beliau telah ditinggalkan suami sejak 2015 dan hanya berharap hasil jualan untuk menampung perbelanjaan harian mereka anak beranak."

"Pihak Baitulmal akan membantu sebaiknya untuk meringankan beban kewangan beliau dan anak-anak," jelas mereka lagi.
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now