Tindakan Along Menepis Tangan Zila Untuk Bersalam, Akhirnya Dikecam Peminat. Sedih..Macam Dalam Drama


Selepas satu-satu kontroversi yang melanda, akhirnya Along Cham dan Zila sah bercerai.

Selepas terlalu banyak kontroversi yang melanda pasangan Along Cham dan ZIla, akhirnya mereka sah bercerai talak satu hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari. 

Along atau nama sebenarnya, Muhammad Nizamudin Ahmad, 33, melafazkan talak satu itu di hadapan Hakim Syarie Abd Halim Abu Samah selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Along selaku plaintif, pagi ini.

Selepas empat bulan tidak sebumbung, pasangan ZIla Seeron dan suami Along Cham bersemuka di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah di situ pagi tadi. 

Walaubagaimanapun, ketika Zila menghulurkan tangan untuk mencium tangan suaminya itu, kelihatan Along Cham lebih senang membiarkan tangannya berada di dalam poket jaketnya sahaja. 

Sepasang suami isteri itu kini berada di dalam mahkamah untuk kes sebutan nusyuz oleh Along terhadap Zila. 

Pasangan itu bernikah pada 23 Januari 2010 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Ahmad Danial, 5 tahun.

Sumber
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...

0 comment... add one now