Wanita Wajib Baca. 5 Cara Kecilkan Lengan Yang Besar Dengan Cepat


Cuba tengok lengan anda, menggelebeh ke tidak? Kalau mengelebeh mesti korang risau sangat kan? Ini pun salah perkara yang menjadi igauan ngeri bagi kaum wanita selain dari masalah selulit yang pasti mencacatkan pemandangan.

Tak semua wanita memiliki sepasang lengan yang kurus dan cantik, lebih-lebih lagi apabila usia dah meningkat, mood dan kerajinan nak bersenam sangatlah menghalang kan…

Nak cantik, kena korbankan masa untuk bersenam. Jangan malas dan taklah sesukar mana pun asalkan ada semangat. Cuba 5 tips dan cara mudah ini untuk merealisaikan impian anda tu.

1. Angkat berat


Kalau nak lengan yang cantik, amalkan latihan angkat berat tiga kali seminggu. Beli jedumbbell dan lakukan dekat rumah je. Bukan mahal sangat pun dari habiskan duit untuk ke gim.

2. Jaga pemakanan


Makan sayur, buah-buahan, daging, kekacang, bijirin, makanan rendah karbohidrat dan berasaskan tenusu. Hasilnya memang awesome dan cepat, jika di bandingkan dengan ‘diet lapar’ anda!

3. Minum air yang cukup


Air sangat penting untuk buang sisa toksik di dalam badan. Minum lapan gelas air sehari untuk mengekalkan tahap kesihatan dan kecantikan tubuh badan termasuklah di bahagian lengan.

4. Rajin bersenam


Aerobik adalah senaman paling berkesan untuk menggerakkan seluruh badan. Senaman windmill atau kincir angin pula mampu memberikan bentuk lengan yang kurus.

5. Tekan tubi


Tekab tubi pun boleh kuruskan lengan anda. Gerakan tersebut mampu mengurangkan tisu-tisu lemak di bawah lengan. Lakukan dengan konsisten dan jangan hangat-hangat tahi ayam je!

Sumber
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now