Bayar Ansuran Rumah Selama 6 Bulan Tanpa Guna Duit Gaji, Lelaki Ini Dedah Bgaimana Caranya


Pada pertengahan tahun 2012 semasa saya nak pindah rumah ke rumah baru, banyak duit dah habis dibelanjakan untuk renovation (bukan major reno) dan beli perabot yang diperlukan (bukan perabot mewah ya).

Natijahnya, duit simpanan saya mulai menyusut dan kewangan bulanan hanya cukup-cukup makan dan biasanya sebelum hujung bulan duit dah habis.

Nawaitu di hati nak tambah duit simpanan semula dan ketika itu saya mula mencari jalan bagaimana boleh saya membayar ansuran pinjaman rumah tanpa menggunakan duit gaji.

Jadi, duit gaji tu bolehlah digunakan untuk simpanan dan membayar perkara-perkara yang lebih penting.

Orang kata bila kita dalam kesusahan dan mengadu masalah kita kepada Allah, Tuhan yang menciptakan segala permasalahan dan menyelesaikan segala permasalahan di dunia ini, InshaAllah Dia akan bantu kita.

Entah macam mana semasa lepak ngeteh dengan rakan saya, terbuka topik perbincangan berkenaan hal ini.

Rakan saya memberitahu yang dia pernah dengar ada orang bayar ansuran pinjaman rumah tanpa menggunakan duit gaji – caranya bagaimana?

Caranya adalah dengan menggunakan duit tabungan EPF ataupun KWSP.

Akan tetapi rakan saya tu tidak tahu secara mendalam tentang kaedahnya.

Saya pun tanpa berlengah keesokkannya terus ke pejabat KWSP bagi mendapatkan maklumat yang lebih terperinci.

Inilah maklumat yang saya dapat setelah “berguru” dengan pegawai KWSP dan telah pun saya praktikkan.

CARA PENYELESAIANNYA

Bayar ansuran bulanan pinjaman rumah menggunakan duit daripada Akaun 2 dalam KWSP.

Syarat utama kelayakan adalah jumlah duit dalam Akaun 2 mestilah dapat membayar sekurang-kurangnya 6 bulan ansuran rumah.

Contoh
Ansuran Bulanan = RM2,000
6 Bulan Ansuran = RM2,000 x 6 bulan = RM12,000

Jadi Akaun 2 mestilah ada sekurang-kurangnya RM12,000 untuk melayakkan kita membuat pengeluaran ini.

Kalau joint loan, jumlah kombinasi Akaun 2 antara suami dan isteri mestilah cukup untuk membayar ansuran pinjaman rumah selama 6 bulan.

Langkah pertama

Setelah anda telah pastikan duit dalam Akaun 2 KWSP mencukupi untuk pembayaran rumah selama 6 bulan, pergi ke bank yang meluluskan pinjaman rumah anda dan minta “Housing Loan Statement”.

Cakap dgn pegawai bank tu:

“Saya nak minta Housing Loan Statement untuk buat pengeluaran KWSP untuk bayar ansuran bulanan pinjaman perumahan”.

Bank akan minta Kad Pengenalan dan fingerprint sahaja.

Kemudian tunggulah sampai statement tu siap.

Biasanya akan ambil masa seminggu hingga dua minggu.

Kita boleh minta bank hantar ke rumah ataupun kita boleh Self Collect kat bank kalau nak cepat.

Antara maklumat penting dalam statement tu adalah maklumat peminjam, jumlah ansuran bulanan, nombor akaun dan banyak lagi.

Salah satu maklumat penting dalam statement adalah “Status NPL”.

NPL membawa maksud Non Performing Loan.

Jika status NPL = TIDAK, maknanya kita ni pembayar hutang yang bagus.

Tak pernah bayar lambat ataupun tiada tunggakan.

Jika status NPL = YA, maknanya rekod bayaran kita tak bagus.

Tapi jangan risau, kita tetap boleh buat pengeluaran Akaun 2 KWSP, cuma cara KWSP memberi duit tu sedikit berbeza. Itu sahaja.

[NPL = TIDAK] KWSP akan release duit ke dalam akaun bank pilihan kita sendiri.
[NPL = YA,] KWSP akan release duit secara terus ke bank pemberi pinjaman.

Langkah kedua

Selepas dapat statement tu, anda bolehlah pergi ke mana-mana cawangan KWSP yang berdekatan.

Saya lebih gemar ke cawangan Jalan Raja Chulan sebab pegawai-pegawai di situ semuanya sangat knowledgable, professional, pantas dan boleh advise banyak lagi perkara yang kita tak tahu pasal KWSP.

Dokumen diperlukan pada peringkat ini hanyalah “Housing Loan Statement” dan Kad Pengenalan sahaja.

Surat beranak tak payah ya.

Mengikut pengalaman saya, KWSP akan proses dalam masa 1-3 hari.

Pada hari ketiga, duit dah masuk dalam akaun kita.

Cekap, pantas dan efisyen KWSP ni (ini serius, bukan bodek).

Jangan lupa bagitau pegawai KWSP tu yang kita nak buat pengeluaran untuk bayaran bulanan, bukannya pengeluaran untuk kurangkan baki hutang.

Ini sangat penting.

Ada perbezaan antara kedua-dua perkara tersebut.

Pengeluaran Untuk Pengurangan Baki Pinjaman

EPF akan keluarkan satu “lump sum amount” mengikut kelayakan kita dan bayar direct ke bank di mana kita membuat pinjaman perumahan.

Bank akan terima duit ni dan terus potong jumlah loan kita.

Tetapi ansuran bulanan kita tetap kena bayar macam biasa.

Yang ni sesuai untuk orang yang pinjaman perumahan dia dah tinggal sikit.

So keluarkan duit EPF boleh terus bayar dan tutup habis pinjaman perumahan.

Tapi kalau yang pinjaman masih ada beratus ribu, pengeluaran jenis ni tak berapa sesuai.

Sebab jumlah pengurangan baki pinjaman tak banyak sangat pun akan kurangkan loan interest ataupun principle.

Lagipun objektif utama kita adalah untuk mendapat sedikit kelegaan kewangan untuk sekurang-kurangnya tempoh 6 bulan sebab kita tak perlu bayar ansuran rumah guna duit gaji.

Ingat tujuan asal kita?

Pengeluaran Untuk Bayaran Bulanan

Ni yang kita nak buat.

KWSP akan bank-in duit ansuran bulanan pinjaman rumah ke akaun kita setiap bulan.

Jadi kalau ansuran bulanan kita RM2,000, maka setiap bulan kita akan dapat RM2,000 di depositkan ke mana-mana akaun bank pilihan kita.

Bila dah dapat duit tu, pergilah bayar housing loan kita ya.

Dan setiap bulan juga setelah kita terima duit di dalam akaun bank, kita akan dapat SMS daripada KWSP.

Semuanya sangat mudah.

Dengan adanya tambahan duit daripada KWSP ni, dapatlah kita gunakan lebihan gaji kita tu untuk tambahkan balik simpanan yang menyusut teruk tadi, atau pun bayar segala hutang-hutang kredit kad yang ada.

Nasihat ikhlas, janganlah salah guna pulak duit KWSP tu untuk perkara-perkara yang membazir dan tak mendatangkan faedah.

Fokuslah pada objektif kewangan masing-masing.

Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang belum tahu tentang kemudahan yang dah lama ada dalam KWSP ini.

Sumber : Hadi Mohamad.
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now