DYMM Sultan Selangor Selamat Bernikah Dengan Penyampai Berita


Duli Yang Amat Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj  selamat diijabkabulkan dengan penyampai berita, Norashikin Abdul Rahman.

Istiadat pernikahan dilaksanakan oleh Sahibus Samahah Datuk Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Datuk Setia Haji Mohd Tamyes Abdul Wahid.

Majlis pernikahan selamat disempurnakan pada pagi 31 Ogos 2016 di Masjid Istana Diraja, Istana Alam Shah, Klang.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Sahibus Samahah Timbalan Mufti Selangor, Dr. Haji Anhar Opir, Al Fadil Imam Paduka Tuan, Haji Mohd Rasid Mahful, Mantan Timbalan Mufti Selangor, Yang Berbahagia Datuk Haji Abdul Majid Omar, Ahli Majlis Agama Islam Selangor, Yang Berbahagia Datuk Salehuddin Saidin  dan bapa serta ahli keluarga pengantin perempuan.

Majlis pernikahan berlangsung secara sederhana dan ringkas atas titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku.

Norashikin Abdul Rahman merupakan penyampai berita Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV1.

Sumber
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...

0 comment... add one now