Hairan Mertua Rayu Jadi Kahwin..8 Bulan Lepas Tu Ini Keadaan Aku Kena…


Kisah saya ini tak berniat untuk burukkan sesiapa tapi salah satu ikhtiar pada diri saya sendiri meminta jasa baik semua untuk nasihat. Kadang-kadang bila lama dibelenggu masalah hanya negatif side je yang kita nampak.

Saya dah berkahwin 8 bulan dan tinggl dengan mertua atas permintaan suami. Sebelum kahwin saya hanya letakkn 1 syarat,fahami keadaan saya sebagai anak sulung tempat emak dan adik-adik saya bergantung kerana ayah saya dah meninggal dunia. Oleh kerana suami dan keluarga bersetuju saya pun bersetuju untuk kahwin.

Keluarga mertua adalah dari keluarga yang agak alim (berjubah dan tudung labuh) dan bekerja sebagai kakitangan masjid. kekecewaan saya bermula apabila saya melihat cara hidup mereka yang wajib slalu ditinggalkan,tiada batas pergaulan.

saya ada 3 orang adik ipar lelaki dalam rumah,sejak kahwin saya menjaga aurat selama didalam rumah. saya terkejut bila masing-masing membawa pasangan ke dalam rumah. Kadang-kadang seharian habiskan masa berdua didalam rumah. Bersentuhan seperti suami isteri. teman wanita mereka pula keluar masuk bilik kami seperti perkara biasa.

saya terkejut apabila kenduri majlis kami, teman wanita adik ipar saya masuk bilik untuk butangkan baju melayu suami saya.saya rasa nak pitam masa tu sebab saya takut,takut kehidupan apa yang akan saya lalui. Bila saya tegur mil saya memarahi saya. saya rasa bingung pada saya haram tetap haram. 

Husband saya mengaku teman wanita adiknya memang selalu datang rumah,mereka seperti keluarga. saya menangis saya cakap saya tak boleh terima. saya tak dibesarkan seperti itu lagi pun kenapa wanita lain perlu sibuk betulkan baju suami saya.

saya tetapkan hati ini lah dugaan saya untuk bina rumahtangga. suami saya dengar pesan saya. sejak hari tu suami sangat menjaga batas pergaulan tapi mil saya marah,dia kerap memarahi saya kerana terlalu tunjuk baik konon saya terlalu alim. saya tak kisah ini hidup saya.

saya ajak suami berpindah tapi suami enggan atas alasan tertentu  selama 7 bulan pelbagai dugaan saya lalui,saya kuatkan hati. saya bekerja sebagai pegawai di syarikat swasta dan tuntutan kerja saya sangat tinggi hingga saya selalu pulang lewat sampai rumah mertua saya terus ke dapur mengemas,memasak kadang-kadang basuh pinggan sambil menangis.

Teman wanita adik ipar saya makan tinggalkan semua pinggan mangkuk bersepah sebab mil saya pesan dekat mereka tak perlu basuh,nanti saya balik akan basuh. Kadang-kadang suami kesian dia akan tolong saya kemas dapur sekali. saya mengandung rezeki Allah hadir ketika saya rasa tak bersedia dengan alahan semua saya kerap mc. Mil saya memarahi saya siap tengking setiap kali saya mc. Anggapan dia saya mengada-ngada.

saya mengandung dan ada cyst in the same time,saya tiada pilihan,saya perlu kawal pergerakan. Kalau saya kerja lasak nanti akan bleeding. suami saya layan dengan baik. saya bertahan kerana suami bila saya mc,saya akan rehat disurau atau masjid demi tak nak dimarahi mil. kesabaran saya dah habis bila adik ipar kerap mengamuk pada saya kerana benda kecik (eg:saya tak nak hantar dia pergi jumpa kawan,saya tak belikan topup). saya sampai menggigil bila diamuk adik ipar. suami suruh saya bersabar dan bayangkan lah betapa saya sabar demi rumahtangga ini

Sekarang sabar tu dah tiada lagi. Mil saya tak bagi balik rumah mak saya lagi. setiap kali balik berbagai amukan dia hamburkan,kalau saya balik pun cuma dapat jumpa mak dan adik-adik saya hanya 6 jam lepas tu mil akan call maki suruh saya balik. Dia akan suruh anak-anak dia mesej saya bukan-bukan supaya balik.

saya betul-betul tak boleh terima,saya cakap baik-baik dengan suami kalau sampai sini jodoh kita,saya redha Insha Allah. saya tak boleh hidup tanpa doa mak saya.  saya berjaya hari ni kerana susah payah mak saya dan tiada sesiapa pun dalam dunia ni berhak pisahkan saya dan mak. mak tetap suruh saya fikir positif buat baik dengan suami dan mil.

Hari raya yg lepas mil tak bagi saya balik ziarah kubur ayah saya pun, saya nak jumpa mak saya pun tak dapat. saya tertekan hingga kesihatan jadi buruk,anak dala kandung underweight,slow movement sampai satu tahap no heartbeat. saya menangis sepuas-puas hati kat klinik bila refer hospital,doc dapat detect lagi heartbeat baby. saya terlalu bersyukur demi anak saya nak jalani kehidupan yg lebih baik.

saya nak pindah waluu apa pun jadi dan suami setuju utk pindah tapi selama proses nak pindah suami berubah,dia dah tak peduli pasal saya dan anak dalam kandungn ni, dia seolah-olah tak nampak kepentingan saya lagi. Bila sy sntuh dia akan tepis tgn sy.. bila sy tanya dia akn melenting atau x jwb lgsg.. bila sy ajak berbincng dia dh x bg respon.. bila sy ajak solat berjemaah pn sprt keberatan..x mcm dlu.. sy minx maaf pd dia sekiranya sy pishkn dia n mak dia.. tp x adil utk sy klo sy trus d seksa.. hdup sy d rmh mil x ubah sprt bibik.. sy la bibik.. sy la bank.. sy la tmpt semua org mgamuk..sy dh gv up.. sy rs nk truskn hdup dgn anak tnpa suami pn.. sy x nak pn ad hbungn pape lg dgn mertua.. sy dh x boleh nk fkr positif.. sy mohon dr rakan KRT yg mngkn pnh alami keadaan sprt sy utk berikan sy nasihat n motivasi.. sy harap masih ad sudut positif yg sy boleh lihat utk selamtkn rumahtangga kami.-KRT
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now