Harapan Pilot Kaya Nak Kahwin Musnah, Permintaan Keluarga Perempuan Memang Melampau


Si Amir ni memang sedang mencari calon nak buat bini sebab umur pun dah cecah 30 tahun. Dia pun suka budak-budak, kerja pulak memang dah masyuk sesangat. Kerja pilot la katakan, kalau ikutkan, banyak je pramugari-pramugari kat airport tu duk mengorat dia tapi untuk buat bini dia nak cari perempuan yang bajet muslimah, tak ligat sangat & yang boleh duduk rumah je lepas kahwin. Duit belanje, shopping & spa ke dia tapau semua. Yang penting duduk rumah jaga anak & jaga dia je.

Kisahnya bermula bila satu hari dia ternampak girl ayu tolong mak dia jual nasi lemak. So start dari haritu, if tak fly & ade kesempatan je memang dia asyik singgah beli nasi lemak kat situ dan sebab dia ni pakai kereta harga ratus ribu so tak susah nak mengayat. Parking depan gerai, bakal mak mertua senyum sampai telinga.

Tup-tup lepas 3-4 bulan tengok-tengok dah bertunang si Mira dan Amir. Serius benarlah dia dengan perempuan tu. Untung bebenor jadi perempuan cantikkan dan girl tu memang cantik orang nyer.

Tapi konflik bermula masa diorang dua-dua family nak discuss untuk majlis kahwin. Patutnya kahwin sebelum puasa haritu tak silap. Dan macam diorang ni dua-dua orang KL. So si Amir ni cakap better combine saje majlis, jimat sikit dan bolehlah dia buat grand-grand kat hotel ke. Lagipun yang perempuan tu memang mak ayah orang KL. KL means keluar rumah je dah nampak KLCC dari jauh bukan duk Banting Sepang Sabak Bernam ke. So better combine je kan. Tapi yang bakal mak mertua dan bakal ipar duai si Amir tak setuju. Diorang nak buat jugak dekat rumah diorang plus 1 atau 2 lagi kenduri dekat kampung halaman belah nenek-nenek diorang. Yela, time nikah nilah nak tunjuk kat semua orang yang anak dara dia walau belajar tak tinggi sangat tapi boleh kahwin dengan orang kaya. Bakal menantu fly sana fly sini, banyak duit, berharta & segak bergaya pulak tu.

So si Amir cakap boleh buat kenduri seperti yang diminta. Then keluarga perempuan tu pun mintak duit untuk kenduri tu semua dari si Amir sebab katanya diorang pun takde duit. Eh eh, ingat diorang ade duit sampai nak buat kenduri 2-3 tempat. Rupanya nak paw si Amir jugak. Amir pun cakap bolehlah dia bagi berapa belas ribu camtu kut selebihnya diorang tambahlah tapi diorang tak puas hati and cakap mana cukup camtu. Boleh-boleh kena bagi 20-30 ribu untuk cover kenduri-kendara. Hmm banyak cantik diorang, yang majlis grand kat hotel tu si Amir tu jugak nak keluar berpuluh ribu. Bukan share-share duit pun. Ko bajet anak ko doktor, lawyer, model atau instafamous ke nak kena keluar dekat 100k untuk kahwin.

Amir pun tak puas hatilah sebab dia dah banyak keluar duit sebab dia baru beli rumah yang harga nak cecah/dah cecah jutaan RM kat Selangor ni. Punyerlah nak bagi anak bini selesa means si Mira ni cuci kaki je kalau kahwin dengan dia. Tak perlu susah tolong mak jual nasi lemak dah. Last-last takde kata putus sebab family Mira nak jugak buat kenduri banyak-banyak. Maybe dia fikir kalau jemput orang taman atau kampung datang hotel nanti tak ramai yang datang. So kenalah jugak buat dekat semua tempat supaya semua orang boleh datang kenduri & tengok bakal menantu diorang. Punyerlah nak show off. Maka terbongkarlah cerita-cerita yang sebelum ni yang diorang ade mintak duit si Amir untuk buka bisneslah. Belum ape-ape dah mintak itu ini. Buruk perangai.

So diorang dua-dua pihak berkeras dengan keputusan masing-masing. Family Amir cakap buat 1 tempat. Famili Mira cakap kena buat kat banyak tempat. Last-last keluarga si Mira bagi tempoh beberapa bulan untuk Amir kumpul duit.

Korang nak tau apa? Jeng-jeng. Dalam proses bertenang untuk kumpul duit tu, tiba-tiba si Amir decide putus tunang!! Hambek ko. Amir cakap belum ape-ape dah tunjuk belangnya. Esok dah kahwin mahu bengkok dia jadi mesin ATM Mira & family si Mira. Family Mira pujuk-pujuk & rundingpun Amir tetap tak nak dah dekat Mira. So maybe Mira sekarang sedang menangis tak berlagu dek kempunan duk rumah mewah, travel overseas & bajet princess pergi spa, shopping LV. Tamak sangat last-last langsung tak dapat apa. Kira okeylah si Amir tak kisah pun Mira & family Mira siapa berbanding dengan status dia. Alih-alih nak demand lebih-lebih.

Moral of the story: Sesiapa yang ada dan situasi camni ke atau adik-beradik camni ke. Please jangan jadi bodoh. Orang gaji sebulan berpuluh K macam si amir pun tak tahan, ko expect kalau gaji 2-3 ribu tahan ke kalau orang jadikan ko mesin ATM. Lainlah kalau susah senang bersama tapi ni semua lelaki yang sediakan. Banyak cantik.. please janganlah kahwin kalau pasangan atau family pasangan korang camni. Lepas kahwin kita perlu simpan duit nak beli rumahlah, anak sekolah kalau asyik kena paw sampai ke tua tak boleh menyimpan. Last-last botak kepala. Aset pun takde. Macamana nak bahagia kalau bakal bini tu gaji besar ada pelajaran takpe, ni belajar tak tinggi mana. Memang tak bantu sumbang duitlah. Harap muka je cantik. So jangan jadi bodoh, perempuan kat luar banyak. Please jangan hadap sangat dengan puak-puak pengikis ni. Tak jadi kahwin tak teruk mana pun berbanding bercerai bila dah ada anak. Tolong jadi cerdik macam si Amir yer.

Sumber: iiumc/~Harapan Bangsa
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...

0 comment... add one now