‘Ini Kali Pertama dan Terakhir Aku Datang Bangi Wonderland’


Baru sahaja beroperasi sejak 27 Ogos 2016 yang lalu, taman tema Bangi Wonderland Theme Park and Resort yang dibuka baru tema baru di Bangi, Selangor ini sudah menerima feedback yang kurang menarik daripada pengunjung yang berkunjung ke taman tema ini baru-baru ini.

Berikut merupakan review yang diberikan oleh seorang pengujung di laman Facebook beliau baru-baru ini:

Kami sempat bergaduh di hadapan kaunter tiket kerana tidak pasti samada masuk masuk atau tidak setelah melihat taman teman ini dari luar.

Ramai kawan-kawan yang meminta review dari aku, jadi aku cuma berikan review berdasarkan lawatan aku semalam.

Sejujurnya, aku rasa tidak berbaloi dengan taman tema baru ini sebab banyak benda yang perlu mereka lakukan proses naiktaraf. Orang akan cakap, “ala theme park baru biasalah tu..”

Ya betul, tapi kita sudah berada di tahun 2016 kot. Sebelum buka, biarlah complete atau buat sesuatu yang baru. Aku rasa dah complete kot, cuma sangat hambar. Keluasan kawasan adalah sangat kecil, tempat berhawa dingin tidak nampak langsung. Tempat berteduh hanya terhad di kawasan bawah bangunan, bawah payung aiskrim Nestle, bawah dewan serbaguna.

Harga tiket? Harga tiket untuk dewasa adalah RM58, kanak-kanak RM48 dan percuma kepada kanak-kanak yang berketinggian di bawah 90cm.

Lebih kurang 13 perkara yang korang perlu tahu

1. Pirate Spa : ada beberapa spa yang telah rosak.
2. Water cannon : dada sakit tekanan air kuat siap pakej ada kakak terkehel bahu.
3. Surf rider : tutup
4. Kid adventure : Port lepak yang paling terbaik, lain takde.
5. Body slide : gelongsor yang memerlukan tangan untuk meluncur sebab air tidak cukup dan gelongsor tidak licin.
6. Spiralax : gelongsor gelong pun sama jenuh tangan kayuh.
7. The Fall :  gang ini memang best sebab gelongsor dia menegak.
8. Anaconda Trail : gelonsong biasa saja tapi perlu sewa pelampung. Kos sewa RM15, deposit RM10.
9. Insance Racer : lebih dikenali gelongsor Superman, terbaik!
10. Wonderlop :  gelongor ni saja yang paling best yang taman tema ini ada.
11. Green Pearl : satu-satunya gelongsor yang buatkan punggung akan terasa panas sebab geseran kerana air tidak cukup
12. Pirates bay, Meander River, Typhoon River : benda yang sama kena guna pelampung sewa untuk chill kat situ tapi panas sangat. Tidak serupa Sunway Lagoon yang ada waterfall dan tempat-tempat redup untuk berteduh.
13. Boomering : gelongsor aku tak naik sbb da malas naik tangga.
14. Magic Funnel :  Serupa macam Zela di Sunway Lagoon itu, tapi berbeza sebab perlu angkat pelampung besar tu naik atas.

Senang cakap, ke semua gelongsor di taman tema ini mengalami masalah bekalan air yang tidak mencukupi, jadi pastikan stamina anda tinggi untuk mengayuh menggunakan tangan. Penatlah hawau!



Jaga anak-anak di kawasan Kid Adventure sebab di situ terdapat beberapa gelongsor gelong, takut tak turun-turun sebab tidak licin dan permainan ini sahaja lah untuk budak-budak main. Life guard kadang-kadang ada, kadang-kadang tiada.

Staff kebanyakkannya friendly kecuali di kaunter tiket yang tidak mesra dan tidak pandai mengucapkan terima kasih atau pun senyum. Muka ketat!

Harga locker besar RM30 untuk saiz sederhana dan RM15.00 untuk saiz kecil, deposit RM10.

Kawasan merokok tidak disediakan. Tanya lifeguard dia cakap, pandai-pandailah nak hidup.



Kafe di taman tema ini sangat biasa ibarat restoran mamak. Makan nasi ayam, mi kari, nugget ayam dua ketul dan minum kena cas RM28. Mi kari dia sedap. Sepupu aku cuba laksa, tapi terpaksa buang sebab bau hanyir.

Setakat ini sahaja review dari aku. Selebihnya, korang pergilah sendiri ye. Walau bagaimanapun, ini kali pertama dan terakhir aku datang sini. Tiada apa yang boleh buatkan aku datang balik, serupa macam Desa Waterpark. Perlukan banyak perubahan untuk masa depan dan harga tiket sangat tidak berbaloi dan diharapkan pihak pengurusan dapat kurangkan sedikit harga.

Sumber: Z Hil Mi
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now