Jurufoto Kacak Semasa Nikah Saharul Ridzwan, Nasrul Nassar Jadi Viral


Nampaknya pelakon Saharul Ridzwan telah selamat bernikah dengan wanita pilihan hatinya iaitu Deena Emir. Majlis pernikahan dan persandingan berlangsung meriah minggu lalu.

Ramai para peminat yang ‘redha’ dengan perkahwinan pelakon kacak ini, kononnya ‘heart-broken’ la kiranya.

Tetapi yang menariknya, secara tiba-tiba jurufoto majlis pernikahan Saharul Ridzwan dan juga Deena Emir telah menjadi viral ekoran kekacakkannya.

“Lupakanlah Saharul Ridzwan, cameraman ni tak de orang nak ke?” – kata salah seorang peminat.

Nama jurufoto berkenaan iaitu Nasrul Nassar terus menjadi viral dan membuatkan laman instagram pemuda terbabit kini mempunyai pertambahan follower secara mendadak.

Daripada jumlah 5,007 pengikut, laman IG Nasrul Nassar yang berasal dari Brunei itu kini mencecah lebih daripada 12,500 tidak sampai 24 jam gambar tersebut menjadi trending dan kini sudah hampir 38k pengikut.

Saharul Ridzwan juga memuatnaik status yang mempromosikan jurufotonya itu setelah menjadi viral.

Wow, memang hebat, itulah kuasa viral katanya. Untunglah jadi kacak.





Sumber : Pen Merah
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...

0 comment... add one now