Minuman 3-in-1 Adalah Pembunuh Dalam Diam


Kesibukan setiap hari memaksa kita melakukan setiap perkara dengan cepat dan segera. Hal ini memaksa kita melakukan apa jua kerja yang mudah dan tidak memeningkan kepala termasuklah makan minum harian. Di balik kesibukan itu, ramai yang mengambil jalan mudah dalam soal makan minum dengam mengambil makanan dan minuman segera 3 dalam 1. Akan tetapi, terdapat beberapa bahaya terkandung dalam minuman 3 dalam 1 ini.

Bahaya minuman 3 in 1

Minuman 3 in 1 boleh mendatangkan bahaya kerana minuman ini sebenarnya mengandungi gula yang berlebihan dalam setiap hidangan, iaitu lebih dari 3 sudu teh gula.

Namun, kita tak sedar minuman ini terlalu manis kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi.

Walaupun minuman ini digembar-gemburkan mengandungi ginseng, kacip fatimah dan tongkat ali untuk menambahkan tenaga, namun kandungannya amat sedikit.


Bahaya krimer bukan tenusu

Selain daripada itu, krimer yang digunakan bukanlah dari produk tenusu (non-dairy creamer).

Sebaliknya, krimer bukan tenusu yang digunakan ialah daripada sumber minyak kelapa sawit, dan merupakan sejenis lemak tepu.

Kesan buruk krimer bukan tenusu ini ialah ia boleh menyebabkan saluran arteri darah tersumbat, seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar (strok). Bagi yang sedia ada penyakit diabetes dalam badan, kekerapan minum minuman 3 in 1 akan menyebabkan keadaan diabetes anda bertambah buruk.

Pernah dengar tak orang cakap yang krim bukan tenusu nie mudah terbakar?

Ianya bukan mitos kerana krim bukan tenusu memang boleh terbakar, seperti dalam video ini. Ini kerana, di antara kandungan non-dairy creamer ialah partially hydrogenated soybean oil, yang mengandungi lemak trans. Lemak trans sintetik ini terkenal menggalakkan pembakaran.

Ada sesetengahnya yang menggunakan krim bukan tenusu untuk menyalakan api ketika berkhemah. Kalau dah tengok video tadi, mesti anda fikir 10x nak tambah krim bukan tenusu ke dalam air kopi anda! seram ok.


Bahaya minuman 3-in-1 yang kita wajib tahu

Mengikut Pensyarah Program Diatetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia,bahaya minuman 3 dalam 1 kepada kita ialah:

Minuman 3 in 1 mengandungi lebih dari 3 sudu teh gula dalam setiap pek.
Gula yang berlebihan bertujuan mengurangkan rasa pahit di dalam minuman 3 in 1 tersebut.
Minuman 3 in 1 menggunakan krimer bukan tenusu, yang dihasilkan daripada minyak kelapa sawit, iaitu sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan.
Minuman 3 in 1 turut mengandungi kafein yang menyebabkan rasa berdebar (palpitasi), dan menyukarkan tidur pada waktu malam.
Setiap pek minuman 3 in 1 mengandungi sehingga 200 kalori.
Jumlah 200 kalori itu sama dengan 2 keping roti atau sepinggan nasi.
Jika di ambil 3 paket minuman 3 in 1 sehari, ia bersamaan 600 kalori, sekaligus menyumbang kepada berat badan berlebihan.
Bagi minuman 3 in 1 yang dikatakan membantu meningkatkan tenaga, kandungan sepertitongkat ali, kacip fatimah dan ginseng adalah sangat sedikit kerana ianya mahal dan sukar untuk diperolehi.
Wow, takut kan? 1 sachet minuman 3 in 1 = sepinggan nasi. Makan nasi lagi kenyang!

Apapun, pengambilan minuman 3 in 1, ataupun krimer bukan tenusu bukanlah tak dibolehkan langsung, tetapi perlulah diambil secara bersederhana, demi menjaga kesihatan kita.

Kalau boleh, kita elakkan. Usahakanlah untuk membancuh minuman dengan cara yang betul. Gunalah susu segar, dan elakkan penggunaan krimer bukan tenusu.

Tambahan lagi, kalau kita sedang berdiet. Tak pasal-pasal nanti berat tak turun-turun, walaupun dah jaga makan dengan penuh disiplin. Gula putih perosak diet nombor 1 tau!


Pensyarah Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga namun kandungannya amat sedikit.

“Ia tidak member sebarang kesan dalam penjagaan kesihatan sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih daripada tiga sudu teh.

“Namun ramai yang tidak menyedarinya kerana ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya.

Menurut Prof.Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu yang merupakan sejenis lemak tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.

Kesannya, para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.

RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...

0 comment... add one now