Sayu.. Anak Rita Rudaini Menulis Sebuah Karangan Kepada Ibunya Buat Orang Ramai Mengalir Air Mata


KUALA LUMPUR: Dua hari lalu, aktres jelita, Rita Rudaini memuat naik gambar di laman Instagram yang memaparkan karangan ditulis anaknya, Airit Rayyan Rizqin yang berusia tujuh tahun. 

Karangan dalam Bahasa Inggeris itu membuatkan hati ibu tunggal yang juga tuan punya premis perniagaan, Rumah Kueh itu menjadi sayu. Antara lain, Rayyan menulis mengenai ibunya yang suka warna putih, memasak untuk dirinya dan adik, Airit Qaqa Arjuna, 5, setiap hari dan menjaga mereka dengan baik. Malah, gambar yang dimuat naik turut membuatkan ramai peminat terharu. 

Sehingga hari ini, gambar itu mendapat lebih 18,000 tanda 'likes' dengan hampir 500 ulasan. "Baru sampai rumah, penat, letih, stress dan sedih. Tapi semuanya terubat apabila membaca karangan ini (merujuk kepada gambar yang dimuat naik," tulis Rita pada laman bergambar popular itu. Malah, Rita turut mempersoalkan kenapa Rayyan melukis gambar mereka bertiga sedangkan karangan yang perlu dibuat ialah mengenai ibu. Rayyan kemudian menjawab gambar bertiga barulah lengkap.

 "Gembira sangat tapi hati mummy (Rita) sangat sayu... Hati anak mummy sangat baik," tulis Rita lagi memuji anaknya itu. Pelakon berusia 40 tahun itu sudah empat tahun hidup sebagai ibu tunggal. Rita sebelum ini mengakui Rayyan antara pendengar setia yang selalu mendengar keluhannya setiap kali berdepan masalah.



RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...

0 comment... add one now