Zila Kerja Sendiri Demi Sara Kehidupan Selepas Diceraikan


Melalui laporan soal jawab ringkas di Utusan Online, bekas isteri kepada Along Cham iaitu Zila Seeron menjelaskan secara ringkas bahawa dia kini sedang memberi fokus mencari pendapatan sendiri.

“Saya hendak kerja cari duit, hendak jaga anak. Saya tidak boleh bagi tahu (di mana saya bekerja). Saya kerja di pejabat,” katanya. Selain itu dia juga berterima kasih kepada pihak media kerana mengambil berat.

Zila atau nama sebenarnya Nur Azilah Seeron telah bercerai dengan Along pada 29 Ogos lalu. Sebelum itu, Along dilaporkan mahu memfailkan cerai nusyuz kerana mendakwa isterinya keluar rumah ke kelab malam tanpa izin dirinya.

Selain itu, dalam masa yang sama Along pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia mahu Zila memohon maaf kepada keluarganya terhadap cerita yang direka-reka oleh bekas isterinya itu. Apa pun, semoga Zila mahu pun Along dapat menempuhi fasa kehidupan ketika ini dan tabah menghadapi dugaan yang mendatang. (rtky/s)
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...

0 comment... add one now