Adik Songlap Duit: Netizen Persoal Beg Mewah, Kos Kahwin,…


Kemelut isu pertikaian wang sumbangan orang ramai kepada anak-anak mangsa nahas Lebuhraya DUKE tahun lalu menjadi semakin panas apabila netizen mula ‘campur tangan’.

Kini, ramai dilihat mula ‘serang’ laman Facebook Faizznurr meminta dipulangkan semula wang milik anak-anak yatim itu yang asalnya didermakan menerusi nombor akaun dan dikongsikannya melalui Facebook miliknya.


Malah ada netizen tampil mempersoalkan pendedahan satu gambar yang memaparkan beg tangan mewah berharga mencecah belasan ribu ringgit berjenama Celine Luggage yang digunakan oleh isterinya pula.

Menurut seorang pengguna Facebook, Normi Kahar Goodwin, beg tangan berjenama itu difahamkan berharga AS$3,550, iaitu dalam lingkungan RM14,000 ~ RM16,000 di pasaran Malaysia.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan pula sama ada beg tangan mewah yang ditunjukkan oleh isterinya itu memang barang original atau produk tiruan.




Bukan setakat itu sahaja, tiga minggu selepas kematian arwah abangnya itu, Faizznurr telah membeli seutas jam tangan jenama Tissot untuk dijadiakan hantaran perkahwinannya.



Difahamkan, harga jam tangan eksklusif itu paling murah pun dalam lingkungan RM2,000 dan dia mendakwa ia dibayar oleh tunangnya.

Turut didedahkan, Faizznurr dalam satu perbualan Facebook isterinya, seolah-olah berlagak kerana mampu buat persiapan kahwin dalam tempoh tiga minggu, berbanding pasangan lain yang memerlukan tempoh masa lebih lama.

Dikatakan majlis perkahwinan dirinya itu bertaraf seumpama ‘anak raja’ dengan pelbagai barangan mewah dan menelan kos perbelanjaan yang besar.









Malah, Faizz Nur turut dikatakan mampu membuka sebuah kafe penghujung tahun lepas di Batu Muda dekat ibu negara sehingga mencetuskan persoalan, daripada mana dia dapat duit banyak untuk mula berniaga!

Isu timbul apabila seorang kakak kepada arwah, Yusnida Hussain, 48, mendakwa bahawa wang sumbangan didepositkan orang awam ke dalam akaun adiknya itu, tidak diagih sepenuhnya untuk tujuan perbelanjaan dan kebajikan anak-anak mangsa.



Faizznurr dan isterinya mendakwa berdasarkan pandangan Mufti Wilayah Persekutuan, wang tersebut adalah milik dan hak mereka sepenuhnya kerana ia didepositkan ke dalam akaun mereka sendiri, bukannya atas nama akaun anak-anak tersebut.

Bagaimanapun, Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri menafikan pernah mengatakan sedemikian, dengan mengingatkannya kembali bahawa ibu atau bapa saudara hanyalah sebagai pemegang amanah dan hendaklah berlaku jujur.

Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, laman Facebook Faizznurr, dia kini sudah memadam dan menyekat komen-komen pengguna Facebook yang meninggalkan komen kritikan menerusi laman sosialnya.

Apa-apa pun ini hanyalah pandangan netizen, boleh jadi pasangan ini mungkin benar-benar menggunakan wang simpanan titik peluh sendiri untuk ‘sakan’ membeli-belah dan berbelanja mewah. 




Sumber : MYNEWSHUB.CC
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now