‘Aku Benci Madu Aku, Aku Benci Suami Aku’


Sebelum ini saya berkahwin selama 22 tahun. Sekarang umur sudah mencecah 40 lebih tahun dan saya sudah pun mempunyai 3 orang cucu.

Suami saya berkahwin dengan perempuan Indonesia. Pada awalnya, kami bermadu, walaupun sakit hati ,saya cuba terima. Lama kelamaan, perempuan itu mula mencari pasal dengan meminta untuk tinggal sebumbung dengan saya di rumah saya.

Rumah itu merupakan harta saya dengan suami, saya tidak bersetuju tapi dia merayu-rayu dan suami pun sama, hati saya jadi lembut dan saya bersetuju.

Lain pua ceritanya bila mereka sudah tinggal bersama-sama, Mereka tunjuk kemesraan di depan saya, peluk cium di  depan saya. Bila giliran suami masuk di bilik saya, dia ketuk puntu katanya takut sendiri dan meminta untuk tidur di bilik kami. Satu katil yang teramat sempit mereka tidur berpelukkan sedangkan saya tidur di belakang suami.

Semakin lama mereka semakin melampau, barang saya, dia buat main sesuka hati dan dia dah pandai bawa kawan masuk ke rumah saya, mereka buat macam rumah mereka sendiri,  akhirnya saya halau mereka keluar, bila suami balik, dia mengadu dan akhirnya saya diceraikan dengan talak tiga.

Kami dah bercerai nak masuk 8 bulan. Sekarang saya di kampung tempat arwah ibu bapa saya dan alhamdulillah saya juga sudah berkahwin dengan seorang duda yang solat 5 waktu dan memang cukup baik.

Tapi yang jadi masalah, bekas suami selalu mengganggu saya, dia add Facebook suami saya dan mengatakan saya adalah bekasnya dan dia dah rasa semua yang ada di badan saya dan macam-macam lagi yang dia kata. Dia juga membuat akaun Facebook palsu dan mengomen di status Facebook saya kononnya dia adalah skandal saya, padahal saya tak pernah curang dengan mana-mana lelaki. Saya sudah block dia tapi dia tetap buat akaun baru untuk menggangu saya.
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now