Dari Satu Keluhan Masalah Jadi Satu Sumber Rezeki 'Ayam Berapi'


Masa bulan lepas, ada la aku dok melepak dengan kawan2 lama dekat mamak. Masing2 semuanya kerja dekat tengah bandar Kuala Lumpur. Punya la aku bersemangat nak lepak bertanya khabar, situasi tu bertukar menjadi keluhan diantara semua kawan2 aku.

Paling jelas diorang ni mengeluh, bab2 perbelanjaan harian. Kau bayangkan diorang ni dah bekerja pun mengeluh, yang aku ni TAK BEKERJA (baru berhenti) ni macam mana? Tak ke aku lagi takut dengar. Dari kos parking, pengangkutan, makan dan macam2 lagi dan boleh cecah sehingga RM 20 sehari. Kalau 22 hari bekerja dah RM 440 beb. 

Aku ni jenis tak boleh tengok kawan2 aku susah. Jadi atas sebab kawan2, aku mula la cuba nak bantu apa yang termampu. Padahal aku yang tak bekerja time tu. Tapi aku ada kemampuan dari segi masa laa (tanam anggur), aku terus rasa nak buat delivery makanan dekat diorang ni waktu tengahari dengan harga yang agak RENDAH sedikit. 

Jadi aku ada sorang partner nama ALIFF SHAH, kebetulan mamat ni berhenti kerja sama dengan aku. So dia la partner aku kehulu kehilir masa tanam anggur tu. Dia ni pulak recommend mak mertua dia ada gerai Nasi Lemak dekat Medan Selera Seksyen 4, Wangsa Maju. Time tu lagi semangat la aku nak buat benda ni. Kalau tak nak kena carik tukang masak lain pulak. Kalau nak harapkan aku masak, sah2 siapa yang suka amik MC je beli dekat aku, sebab lepas makan confirm masuk toilet punya. 

Jadi lepas berbincang, mak mertua dia pun bersetuju untuk masak. MENU tu aku dengan Aliff yang tentukan. Kami pilih AYAM, sebab bagi kami satu jenis je senang untuk kami kawal. Yela, pengalaman bisnes tak pernah ada, tiba2 gedik nak buat bisnes.

Macam aku ni suka makan pedas. Makan la apa pun mesti kena ada cili. Satu haritu aku dok makan dekat satu Restoran di Kampung Pandan, aku makan sambal belacan dia, rasa macam ada api je dalam mulut ni. Terus aku call Aliff suruh dia datang dan aku suruh dia rasa sambal belacan tu.

“Aku nak sambal belacan kita nanti, lagi sedap dari yang kau rasa ni.”
Time tu poyo la sikit, dah la nak jual murah, tapi nak buat yang sedap lain macam. Jadi lepas beberapa hari, mak mertua Aliff ni bagi food tester untuk semua lauk. Ya Allah, dia punya sedap sampai aku simpan 2 hari dalam peti ais, makan sikit2 taknak bagi habis cepat. Sambal belacan dia PERGHHH!!! Marvelous!!! Tapi aku ni jenis selalu tak puas hati, aku sengaja je bungkus lauk tu sikit, pergi bagi dekat orang yang paling cerewet bab makan ni. Aku saje nak suruh dia bagi komen sikit pasal makanan tu. Alhamdulillah, komen yang dia bagi “Sedap gila lauk ni, sambal belacan dia buat aku rasa tak puas makan. Mana kau beli?” 

Time tu yang aku dengan Aliff lagi berkobar nak berniaga tu. Terus aku letak nama AYAM BERAPI. Berapi tu tak terbakar k? Korang jangan risau kalau nak makan. Kalau terbakar tu bukan sebab Ayam Berapi, tapi sebab korang pakai Samsung Note 7 barangkali. 

Jadi disebabkan nak membantu kawan2 aku tadi tu, aku terus letak harga RM 6 (ENAM RINGGIT SAHAJA) dan buat penghantaran PERCUMA terus untuk area Kuala Lumpur, Gombak dan tempat2 berdekatan. Nak caj delivery pun tak sampai hati. 

Berkat doa mama ayah baru balik HAJI time tu, hari pertama mula operasi dah mula order masuk. Time tu lauk Ayam Kurma. Punya la aku happy time tu bila dapat tempahan yang pertama. Walaupun tak banyak, tapi aku tetap happy ada orang cuba sambut bila aku nak bagi bantuan. 



Time tu aku dah takut dah. Sedap ke? Elok ke bungkusan tu? Orang nak beli lagi ke nanti? Aliff pun whatsapp sorang2 customer mintak feedback. Alhamdulillah. Semua feedback positif. Semua kata sedap, semua suka sambal belacan tu. Masuk hari kedua, sekali order terus berlambak. Siap yang repeat order. Harini dah hari ke empat, ada pelanggan dah sampai 3 kali repeat order pun ada. Time tu baru aku sedar, rupanya Ayam Berapi ni bukan sekadar mampu untuk tolong kawan2 je, tapi tolong semua orang yang kurang berkemampuan sekitar Kuala Lumpur ni. 

Dengan hari keempat ini juga, kami sudah dapat ratusan order. Bukan sahaja yang nak lunch box, ada yang nak buat untuk event, ada yang nak sedekah dekat masjid Khamis malam Jumaat, ada student jugak dan macam2 lagi lah. Pelanggan kami bekerja di Menara Celcom Tun Razak, Suruhanjaya Syarikat Malaysia KL Sentral, MRT, Ekovest Gombak, Menara Technip Tun Razak, dan banyak lagi sekitar Kuala Lumpur. Alhamdulillah… Jadi timbul lah tagline ‘Duit JIMAT Lazat MENYENGAT’. Kepada sesiapa yang nak cuba Ayam Berapi ni, boleh la Whatsapp 018-2216321.

Shafiz Isa
Facebook: www.facebook.com/ayamberapi
Instagram & Twitter: @ayamberapi
Call/Whatsapp: 018-2216321




RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now