Isu Lawak Melampau : Akhirnya Nabil Ahmad Mohon Maaf Pada Elly Mazlein


Menerima kecaman hebat daripada peminat Elly Mazlein kerana lawaknya yang dianggap tidak sensitif dan mempersendakan kehidupan penyanyi berkenaan, pelawak Nabil Ahmad hari ini telah tampil memohon maaf kepada semua pihak.

Kalau mereka rasa tidak senang dan marah dengan lawak saya itu, saya akan buat permohonan maaf secara terbuka pada malam konsert akan datang supaya ia dapat meredakan marah mereka.

Saya dan Elly Mazlein tiada apa-apa masalah kerana lawak itu sudah dibuat ketika latihan lagi. Cuma penonton dan peminat sahaja yang tidak boleh terima, jadi saya tidak kisah jika mereka mahu saya buat permohonan maaf kepada Elly asalkan mereka puas hati.

Nabil akui beliau sememangnya sudah bersedia dengan segala risiko dan mempersiapkan diri untuk menerima kritikan apabila GV3 mula bersiaran. Jelas Nabil, beliau tidak kesah dikecam asalkan dapat menaikkan rating program berkenaan.

Saya sedar orang menonton rancangan ini hanya untuk cari silap kami sahaja dan secara jujurnya saya tidak kisah langsung kerana kecaman itu membuatkan mereka untuk terus menonton.

Saya tidak kisah dikecam asalkan rating program tersebut meningkat. Ini terbukti pada konsert pertama sahaja penonton meningkat 40 peratus daripada musim kedua lalu.

Buat Nabil, lawak beliau itu sebenarnya tidak mengguris hati peserta kerana sebagai artis mereka sudah terbiasa dengan gosip dan kontroversi.

Pada saya lawak kasar saya tidak mengecilkan hati peserta pun kerana peserta rancangan ini semuanya artis yang sudah lama dalam industri hiburan. Mereka sudah biasa dengan gosip, jadi apalah sangat dengan lawak saya itu. Rancangan ini hanya lebih kepada drama dan bukan pertandingan nyanyian biasa.
Kami faham Nabil hanya ingin membuat kelainan, tetapi tidak salah untuk jaga sensitiviti dan janganlah jadikan diri sebagai “bahan pelaris” untuk sesebuah program sehingga anda menerima kecaman yang teruk.

Sumber : mStar Online
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now