Mohon Jangan Pernah Remehkan Janda, Sebaliknya Muliakan Mereka


Ramai orang selalu memandang hina pada wanita yang berstatus ibu tunggal atau janda. Janda kematian suami lebih bernasib baik kerana mereka dipandang mulia oleh masyarakat. Tapi mereka yang bercerai hidup selalu dipandang hina oleh masyarakat. Mereka dihukum seolah2 mereka manusia paling hina, paling jahat, paling tidak berguna dan paling tidak ada harga di
ri.

Memang ramai manusia yang berlagak seperti TUHAN. mereka fikir mereka tahu apa yang berlaku di sebalik langsir jiran mereka. Ramai yang mencemuh, “itulah, tak pandai jaga laki, dah kena cerai. itulah, garang sangat, mana tak kena cerai.” Dalam tak sedar, kita telah berlagak seperti TUHAN. Walhal, kita tidak pernah tahu sudah berapa banyak airmata yang tumpah kerana terlalu takut untuk menjadi janda atau ibu tunggal. Ada yang membiarkan diri menjadi punchbag hanya kerana takut menjadi janda.

Ada wanita yang terpaksa menyembunyikan status diri mereka sebagai ibu tunggal atau janda kerana takut dipandang serong oleh masyarakat. takut dihina oleh masyarakat, takut dikatakan perempuan gatal yang akan menggoda suami orang, takut dikatakan nak merampas suami orang. bermacam2 ketakutan termsuklah ingin menjaga nama baik bekas suami yang mungkin dipandang hebat oleh masyarakat. mungkin untuk menjaga nama baik tempat kerja suami. Tapi sampai bila kita nak bersembunyi di sebalik tabir. Kita nak menjaga nama bekas suami, dan bekas suami sedang berbahagia dengan isteri barunya. Apakah kita tidak berhak untuk mencari kebahagiaan yang dihalalkan oleh Allah?

Hina sangatkah kalau seorang ibu tunggal atau janda ingin bernikah semula? Hina sangatkah seorang janda yang inginkan seorang pelindung untuknya dan anak2? Adakah seorang wanita yang diceraikan oleh suaminya adalah orang yang gagal? Adakah seorang wanita yang meminta cerai dari suaminya adalah sampah masyarakat?

Wahai semua ibu tunggal atau janda yang telah mendapat title ini kerana sebab2 yang munasabah dan dibenarkan oleh Syarak….bangunlah dari kesedihan silam. Kita berhak mencari kebahagiaan dan merasai kebahagiaan yang halal. Tak perlu takut lagi dengan ayat, “nanti apa orang kata”..tapi selalulah tanya ayat ini, “Apa Allah dan Rasul kata.” saya bukan mengajar orang untuk bercerai, tapi seperti yang selalu saya katakan, bersabarlah selagi mamapu, sebab sabar itu indah. tapi jangan sampai sabar itu menjadi dosa.

Kepada mereka yang mendapat title ibu tunggal dan janda hanya kerana ingin keredhaan Allah, bangunlah dari kesedihan silam. binalah hidup yang bahagia bersama anak2 kita. dan kalau ada jodoh terimalah selepas kita beristikharah dan bermunajat memohon petunjukNYA.
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...

0 comment... add one now