Polis Buru Pegawai SPRM Belasah, Ugut Isteri Dengan Parang


JOHOR BARU, 28 Okt ― Polis Johor sedang mengesan seorang anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dipercayai memukul dan mengugut isterinya dengan parang.

Ini berikutan dua laporan polis berhubung kes itu, yang diviralkan dalam laman sosial Facebook milik seorang wanita yang mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Ketua polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata dua kertas siasatan dibuka dan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa.

Beliau berkata kes itu turut disiasat mengikut Seskyen 506 Kanun Keseksaan kerana membuat ugutan jenayah.

"Suspek didapati tidak hadir bertugas di pejabatnya di Segamat dan mempunyai rekod kes narkotik di Muar tahun lepas," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini. 

Sumber : Bernama 
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now