‘Tolonglah, Saya Tidak Pernah Berpakaian Macam Itu’ – Siti Hajjar, Nasi Lemak Anak Dara


Populariti yang dikecapi penjual Nasi Lemak Anak Dara membuatkan ada yang ‘busuk hati’ mengambil peluang menyebarkan gambar separuh bogel yang didakwa miliknya.

Siti Hajjar Ahmad bagaimanapun tidak cepat melatah, dan menafikan foto seorang wanita separuh bogel meniarap di sofa itu adalah dirinya.

Gambar wanita separuh bogel itu diterima Siti Hajjar dari seorang lelaki yang tidak dikenali menerusi aplikasi mesej WhatsApp.

Dalam pada itu, Siti Hajjar turut menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah yang mahu menjatuhkan perniagaanya.





“Tolonglah saya tidak pernah berpakaian macam itu dan tidak pernah ambil gambar macam itu. Emak dan arwah abah saya ajar saya dengan elok.

“Saya minta tolong sangat, janganlah sebar benda yang salah. Hendak jatuhkan seseorang itu senang kalau guna dengan cara teknik kotor,” tulisnya di Facebook.

Menerusi mesej WhatsApps yang diterima gadis dari Sungai Petani, Kedah ini, si pengirim mendakwa mahu berkawan dengannya dan menuntut kepastian gambar tersebut.

Terdahulu, Siti Hajjar, menjadi viral di media sosial selepas gerai nasi lemaknya disaman RM300 oleh Majlis Bandaraya Shah Alam kerana tidak memiliki lesen perniagaan.

Populariti semakin melonjak apabila Menteri Besar Selangor, Datuk Azmin Ali turut membuat lawatan ke gerai nasi lemaknya untuk menyerahkan borang permohonan lesen.

Sumber : Mynewshub.cc
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...

0 comment... add one now