"Umie, Ada Ke Orang bagi Umie Baju Sekolah Yang Terpakai? Saya nak," - Sedihnya


Ini anak istimewa. Umurnya 9 tahun, anak sulung dari lima beradik. Umur adiknya 8 tahun, 6 tahun, 5 tahun dan 6 bulan. Ayahnya masuk ke hutan, kerjanya mencari kayu gaharu. Ibunya pula entahlah kerja apa. Tak boleh post di Facebook kerja ibunya...

Balik dari sekolah, Wildad lah 'ibu' yang bertanggungjawab ke atas semua adiknya. Kalau cikgu bagi buku bawa balik ke rumah, maka bukunya akan hilang. Jika dipaksa bawa semula, keadaannya bukunya seperti belacan....

Anak ini tidak pernah mengulangkaji pelajaran di rumah. Tetapi, otaknya genius. Kalau beras tiada di rumah, dialah yang akan pergi mencari beras dan masak untuk adik beradiknya....

Pakaiannya jarang dibasuh dan pagi tadi tengok bajunya sudah koyak. Esok ada rombongan pergi ke Zoo. Dia punya bertanya;...

"Umie, ada ke orang bagi umie baju sekolah yang dah terpakai? Boleh ke saya nak," katanya....

Demikianlah perkongsian dari Puan Rusnah Abu Samah tentang kisah kanak-kanak perempuan ini. Berdasarkan komen rakan-rakan Puan Rusnah, rata-rata memuji kepintaran Wildad....

"Bila datang ke madrasah, mesti bukunya kotor walaupun buku itu baru diberi semalam. Tetapi kepandaiannya, mashaAllah. Mengaji jarang salah," kata Ummu Jannah Muhammad....

Bagi mereka yang ingin menghulurkan sumbangan dan bantuan, bolehlah menghubungi Puan Rusnah di laman Facebooknya. ...


Sumber :  Berita Sangat Hangat
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...

0 comment... add one now