"Ya, saya mengaku sering berhubung dengan Zila, namun kami pernah......."


Shah Alam: "Ya, saya mengaku sering berhubung dengan Zila, namun kami bukan kekasih," kata bekas peserta Akademi Fantasi 2016 (AF2016), Zarol ketika ditanyakan dakwaan dia punca rumahtangga pelawak Along Cham dengan Zila Seeron bergolak.

Menurut Zarol atau nama sebenarnya Mohamad Afzarul Dzarif Mohd Mazle, 24, dia mula berkomunikasi dengan bekas isteri pelawak itu menerusi aplikasi sembang WeChat sejak sebelum menyertai AF2016.

"Sebelum itu, kami sudah berkenalan di aplikasi karaoke Smule dan banyak berduet besama.

"Kemudian, Zila mencari saya di WeChat kerana Smule tiada kemudahan untuk bersembang.

"Bagaimanapun, saya ingin menegaskan perbualan kami sekadar berkaitan lagu yang akan dinyanyikan dalam Smule dan tidak lebih daripada itu," katanya.

Jelas Zarol, dia juga tidak pernah berjumpa dengan Zila sepanjang tempoh itu dan menyedari status wanita terbabit sebagai isteri orang.

"Saya tahu Zila isteri Along dan ada bertanya sekiranya suaminya membenarkan dia menyanyi dengan saya di Smule. Dia memberitahu suaminya 'OK'.

"Lagi pun, kami berduet atas permintaan pengikut yang merasakan kami serasi. Tak sangka pula saya dituduh punca keretakan rumahtangga mereka," katanya.

Dalam pada itu, Zarol mempercayai ramai pengikut keliru dirinya dengan seorang pengguna Smule bernama Khairul yang juga dikatakan berduet dengan Zila.

"Saya berani bersumpah tidak pernah mempunyai hubungan sulit dengan Zila dan berharap isu ini tidak diungkit lagi," katanya.

Sumber : Harian Metro
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now