10 Perangai Orang Baru Kahwin Yang Buat Korang Rasa Nak Muntah


10 Perangai Orang Baru Kahwin Yang Buat Korang Rasa Nak Muntah | Jangan salah faham, ini bukan artikel yang ditulis disebabkan perasaan cemburu yang menebal. Tapi lebih kepada rasa meluat yang tak dapat dibendung lagi. Haha, gurau je!

Tapi kami percaya ramai yang pernah alami situasi pelik dan agak sukar untuk diterima akal macam ni. Orang lain pun berkahwin juga, tapi tapis-tapislah sikit kemesraan suami isteri tu. Bak kata orang, hal suami isteri lagi manis kalau tak ditayang untuk tontonan umum.

Bagi yang belum pernah terkena, jaga-jaga dengan situasi di bawah ni ya?

1. Muat naik gambar di Instagram setiap 1 jam

Boleh pula dia buat ala-ala dokumentari dan kongsikan apa yang dia dan suami lakukan sepanjang hari secara terbuka di Instagram. Proses dia lebih kurang macam ni:

Upload gambar baru bangun tidur sebelah suami –> tunggu sejam –> selfie sarapan dengan suami –> tunggu sejam –> shopping groceries dengan suami –> tunggu sejam –> cuci kolam ikan dengan suami –> tunggu sejam –> “Terima kasih encik suami sebab belikan pisang goreng. Dah lama mengidam” –> tunggu sejam –> Battery died. Tenang sebentar.

Yeah, you have to stop.

2. “Lihatlah dunia, kami pasangan paling sweet…”

Geli tahu? Hahaha! Walaupun ramai yang puji bahawa koranglah sweet couple of the year, tapi itu tak bermakna korang boleh update status jiwang dan cheesy untuk pasangan korang setiap masa. Kan lebih elok kalau bersederhana.

3. Bagitau menu masakan untuk suami setiap hari

Buat-buat tanya kawan di Facebook atau Twitter idea resepi baru untuk pikat perut suami. Itu belum lagi yang masukkan gambar lauk-pauk di Instagram dengan caption, “Alhamdulillah, selesai masak untuk suami tercinta. Menu hari ini: siakap tiga rasa, ketam bercili, sayur tak ada sebab suami tak makan sayur.”

Amboi, ni sebenarnya nak menunjuk skill pandai masak kan? Halus sungguh cara dia.

4. Asyik cerita pasal suami. Boringggg!

Mentang-mentang dia seorang sahaja yang kahwin dulu berbanding kawan lain, bukan main galak lagi dia bercerita sampai 5 jam lamanya. Mesti dia fikir cerita dia paling best. Padahal, dalam hati kawan-kawan dah menjerit nak suruh dia senyap.

5. Tak habis-habis suruh kawan kahwin cepat

Orang yang baru berkahwin ni biasanya masih mabuk asmara lagi. Semuanya nampak indah dan sempurna di mata mereka.

So, disebabkan rasa sayang kat kawan-kawan, dia pun suruh si kawan kahwin cepat supaya boleh merasa indahnya perkahwinan bersama-sama. Tapi dia tak sedar, banyak benda akan berubah dalam masa 5-10 tahun akan datang. Nasihat kami, jangan kahwin sebab terpengaruh dengan kawan.

6. Asyik nak berkepit 24/7

Sampaikan bila ada perjumpaan keluarga pun si suami dan isteri tak boleh nak berenggang. Psstt, janganlah tunjuk sangat kemesraan tu depan orang tua. Diorang lagi banyak pengalaman, tapi rilek je.

7. Bermanja depan kawan tanpa segan silu

Ini memang meluat. Dah la ajak kita keluar makan sekali, tapi dia laki bini dah macam belangkas, mata tak lepas pandang masing-masing. Lebih baik balik je.

8. Tak nak keluar jumpa kawan lagi

Dulu sanggup keluar sebulan sekali tengok wayang dengan bestfriends. Tapi sejak kahwin segalanya berubah.

Alasannya suami tak izinkan, tak biasa keluar tanpa suami, sibuk uruskan rumahtangga dan macam-macam lagi. Okay, yang ini melibatkan tanggungjawab seorang isteri mithali. Jadi, kita kena faham.

9. Tiap-tiap hari terlajak tidur

Kenapa terlajak tidur? Hanya mereka sahaja yang tahu.

10. Berbual dengan suami/isteri di Facebook

Okay yang ini kami mungkin takkan faham sampai bila-bila. Dah kahwin dan tinggal serumah kan? Tapi kenapa perlu lagi berbual berdua wall-to-wall di Facebook macam jejak kasih? Fahamilah wahai pasangan suami dan isteri, ini bukan sweet.

Ada juga perangai laki bini macam kat bawah ni. Kita punyalah risau takut diorang ada masalah besar, tapi sebenarnya tak ada apa pun. Ceh!

Agak-agaknya kalau kawan atau adik-beradik korang yang berperangai macam ni, apa yang korang buat?
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now