10 Permintaan Iblis Yang Dikabulkan Allah SWT


10 Permintaan Iblis Yang Dikabulkan Allah SWT | Diriwayatkan semasa Iblis datang menemui Rasulullah SAW dan ketika Nabi SAW mengetahui kedatangan Iblis, maka terjadilah dialog diantara keduanya, dan Rasulullah bertanya tentang permintaan Iblis pada Allah SWT.

1. Aku meminta agar Allah membiarkanku berkongsi alam harta dan anak manusia, Allah mengizinkan Berbagilah dengan manusia dalam harta dan anak. Dan janjikanlah mereka (tetapi) tidaklah janji syaitan kecuali semua itu penipuan.

Aku akan makan dari harta yang tidak dizakatkan. Aku juga makan makanan haram yang bercampur dengan riba . Aku juga makan makanan yang tidak dibacakan atas nama Allah

2. Aku minta agar Allah membiarkanku ikut bersama dengan orang-orang yang berhubungan (bersetubuh) dengan isterinya tanpa berlindung kepada Allah. Syaitan akan ikut bersamanya dan anak yang dilahirkan akan sangat patuh kepada syaitan.

3. Aku minta agar aku boleh ikut bersama dengan orang yang menaiki kenderaan yang berjalan tidak untuk tujuan yang halal.

4. Aku minta agar Allah menjadikan bilik mandi/tandas sebagai rumahku.

5. Aku minta agar Allah menjadikan pasar sebagai masjidku.

6. Aku minta agar Allah menjadikan sya’ir (dari penyair) sebagai Al-Qur’anku.

7. Aku meminta agar Allah menjadikan pemabuk sebagai teman tidurku.

8. Aku meminta agar Allah memberikanku saudara, iaitu orang yang membelanjakan hartanya untuk maksiat . Allah berfirman bahawa orang yang boros adalah saudara-saudara syaitan.

9. Aku minta agar Allah membuatku dapat melihat manusia sementara mereka tidak dapat
melihatku. (dengan seizin Allah hanya sebahagian sahaja yang boleh melihat iblis)

10. Aku meminta agar Allah memberiku kemampuan untuk mengalir dalam aliran darah manusia. Allah menjawab silakan dan aku bangga dengan kemampuan tersebut hingga hari kiamat. sebahagian besar manusia bersamaku dihari kiamat.

Iblis berkata : “Wahai muhammad, aku tak boleh menyesatkan orang sedikitpun, aku hanya boleh membisikkan dan menggoda. Jika aku boleh menyesatkan, maka tak akan tersisa walau seorang pun! Sebagaimana dirimu, kamu tidak boleh memberi hidayah sedikitpun, engkau hanya rasul yang menyampaikan amanah. Jika kau boleh memberi hidayah, tak akan ada seorang kafir pun di muka bumi ini. Kau hanya boleh menjadi penyebab untuk orang yang telah ditentukan sengsara. Orang yang bahagia adalah orang yang telah ditulis bahagia sejak di perut ibunya. Dan orang yang sengsara adalah orang yang telah ditulis sengsara semenjak dalam kandungan ibunya.

Rasulullah SAW lalu membaca ayat : “Mereka akan terus berselisih kecuali orang yang dirahmati oleh Allah SWT”. (QS. Hud :118 – 119) dan juga membaca, “ Sesungguhnya ketentuan Allah pasti berlaku”. (QS. Al-Ahzab : 38)

Iblis lalu berkata :
“Wahai Muhammad Rasulullah, takdir telah ditentukan dan pena takdir telah kering. Maha Suci Allah yang menjadikanmu pemimpin para Nabi dan rasul, pemimpin penduduk syurga, dan yang telah menjadikan aku pemimpin makhluk-makhluk celaka dan pemimpin penduduk neraka. Aku si celaka yang terusir, ini akhir yang ingin aku sampaikan kepadamu dan aku tak berbohong

Wallahu a’lam.
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now