"Aku Pelik Aku Darah B, Isteri Aku Pula Darah A, Tapi Aku Pelik Anak Aku Darah O, Bila Aku Tanya Dia Rupanya Barulah Aku Tahu Dan Sudah Kantoi.. Rupanya Anak Itu Adalah. . . .",Penerangan Doktor Ini Buat Orang Terpana


"Aku Pelik Aku Darah B, Isteri Aku Pula Darah A, Tapi Aku Pelik Anak Aku Darah O, Bila Aku Tanya Dia Rupanya Barulah Aku Tahu Dan Sudah Kantoi.. Rupanya Anak Itu Adalah. . . .",Penerangan Doktor Ini Buat Orang Terpana | Disebuah Hospital bersalin swasta sepasang suami isteri mendapat seorang bayi perempuan yang Keputusan darah thyroid dan G6PD normal.

Kumpulan darah bayi ialah O positif.”kata doktor pakar perbidanan kepada Pasangan itu,Kegembiraan menimang cahaya mata sulung serta-merta pudar pada wajah Encik suami,sementara isteri dilihat tegang karena takut kepada suami.“Darah aku jenis B, darah isteri aku jenis A. Macam mana anak kami boleh darah O pulak?”

Jangan tuduh isteri curang,baca penjelasan ini lebih dahulu.

Seorang pakar biologi, Karl Landsteiner telah menemui Kumpulan darah ABO dalam tahun 1900. Hasil penemuan ini telah melayakkan beliau menerima hadiah nobel pada tahun 1930.

Kumpulan darah ditentukan oleh faktor genetik melalui 3 jenis gen : A,B,O.Setiap individu normal akan mempunyai dua salinan daripada setiap gen, satu daripada ibu, satu daripada bapa.

Oleh itu, dalam menentukan jenis kumpulan darah, terdapat kebarangkalian untuk mempunyai 6 jenis kombinasi gen yang berbeza : AA, AB, AO, BB, BO dan OO,(Gen : English=gene. Gen di sini dikaitkan dengan Genetik. Bukan Generasi.)

Antara ketiga-tiga gen A, B dan O, gen O adalah ‘recessive’ (tidak dominan). Ini bermaksud kombinasi gen AO akan menghasilkan kumpulan darah A, kombinasi BO akan menghasilkan kumpulan darah B. Darah jenis O hanya akan terhasil daripada kombinasi OO.

Setelah kita faham tentang gen yang dominan pada setiap individu (ayah ATAU ibu), sekarang kita cuba fahami pula tentang kombinasi ini daripada dua individu (ayah DAN ibu).

Situasi pertama.

Darah ibu ialah jenis A dengan kombinasi AO.

Darah bapa ialah jenis B dengan kombinasi BO.

Kombinasi gen yang mungkin terhasil daripada ibu DAN ayah ialah: AO, AB, BO, OO.(Gen dari ibu di sebelah kiri, gen dari ayah di sebelah kanan)

Dengan memahami bahawa gen A dan B lebih dominan daripada gen O, maka kombinasi yang berbeza akan menghasilkan kumpulan darah yang berbeza :

AO = Darah jenis A.
AB = Darah jenis AB (A dan B sama-sama dominan).
BO = Darah jenis B.
OO = Darah jenis O.

Ini bermaksud, anak-anak Encik dan Puan boleh mempunyai salah satu daripada jenis kumpulan darah di atas.
Situasi ke-2 dan ke-3 di bawah masih menunjukkan ibu mempunyai darah A dan bapa darah B.Tetapi dengan kombinasi gen yang berbeza.

Situasi kedua :

Darah ibu : jenis A dengan kombinasi AA.
Darah bapa : jenis B dengan kombinasi BB.
Kombinasi gen yang mungkin terhasil daripada ibu DAN ayah ialah: AB, AB, AB, AB.
Maka, bayi akan mempunyai kumpulan darah AB sahaja.

Situasi ketiga:

Darah ibu : jenis A dengan kombinasi AA.
Darah bapa : jenis B dengan kombinasi BO.

Kombinasi gen yang mungkin terhasil daripada ibu DAN ayah ialah: AB, AB, AO, AO
Maka, bayi boleh mempunyai kumpulan darah AB atau A sahaja.

Kesimpulannya :Isteri Encik tidak curang .
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now