Al-Fatihah! Tiga Beranak Antara Empat Maut


Al-Fatihah! Tiga Beranak Antara Empat Maut | Kota Tinggi: Empat maut dalam kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di Kilometer 77 Jalan Kota Tinggi-Mersing berhampiran FELCRA Sungai Ara di sini, petang tadi.

Dalam kejadian 4.40 petang itu, mangsa yang maut dipercayai pemandu PERODUA Alza, Md Shafi'i Kassim, 56, dan dua lagi penumpang kenderaan terbabit, Asnah Kassim, 54, dan Siti Nurullfarhah Md Shafi'i, 20.

Dalam kemalangan itu juga, dipercayai penumpang Proton Saga BLM, Nora Atika Sazumi, 13, turut maut di tempat kejadian.


Penumpang lain dalam Proton Saga BLM dan pemandunya yang difahamkan ahli keluarga remaja itu masih belum dikenal pasti identitinya dan dibawa ke Hospital Kota Tinggi untuk rawatan selanjutnya.

Difahamkan, PERODUA Alza yang dipandu Md Shafi'i dalam perjalanan dari Kota Tinggi ke FELDA Tenggaroh Timur 2 dekat Mersing, manakala Proton Saga BLM itu dari Kuala Terengganu ke Bandar Penawar, Desaru di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman ketika dihubungi mengesahkan kejadian, namun pihaknya masih menunggu butiran lanjut mengenai kemalangan berkenaan.

Sumber : Harian Metro
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now