Hisap Dadah Depan Kami. Apa Yang Terjadi Pada Ayah Selepas 10 Tahun Buat Ramai Terkejut


Hisap Dadah Depan Kami. Apa Yang Terjadi Pada Ayah Selepas 10 Tahun Buat Ramai Terkejut | Nama aku Raudah. Aku cuma seorang belajar lepasan stpm . Aku minat sangat page ni sebab banyak iktibar yang aku boleh dapat .Firstly tujuan aku share cerita ini hanya sebagai iktibar sahaja untuk anak2 muda kat luar sana .

Aku anak sulung dari 5 beradik . Adik2 aku yang lain masih belajar . Apa yang aku nak share adalah kisah hidup aku . Aku org susah , sangat2 susah . Ayah aku dulu seorang penagih dadah dan kaki arak . Apa yang korang akan rasa bila ayah korang jadi macam tu ? Of course malu kan . Ye , aku sangat2 malu dapat ayah macam tu . Aku sedih sebab kenapa ayah aku tak elok macam ayah orang lain .


Ibu buat kerja macam2 untuk besarkan kami 5 beradik . Sampai meminjam duit orang sebab nak bagi kami makan , sedangkan ayah duit kerja dia hanya habis untuk dadah . Pernah satu hari , ibu pergi menoreh dengan ayah tapi getah yang ditoreh telah dicuri , dan pencuri itu adalah ayah . Kesian ibu . Macam2 dugaan dia hadapi . Moga2 nanti aku jadi sekuat dan setabah ibu .

Bila masuk tahun 4 aku ditawarkan ke sebuah sekolah bestari / Kluster . Masa ni ibu jual segala barang yang dia ada sebab nak penuhkan impian aku . Umur 10 tahun aku sudah dimasukkan ke asrama . Aku ingat lagi , dulu waktu temuduga cikgu kat situ tanya aku bila besar nk jadi apa . Aku jawab saya nk jadi polis sebab nanti saya boleh tangkap ayah . Tergelak kecil ibu aku . Waktu aku tinggal kat asrama aku ingat aku boleh kurangkan beban ibu ayah aku . Yela , makan tak payah bayar . Biasiswa aku dapat . So sebulan sekali hanya bagi duit belanja je .

Tapi sangkaan aku sama sekali meleset . Ayah makin menjadi2 . Bila dia dah terjebak dengan dadah ditambah pulak dengan minum air setan tu dia jadi mabuk dan selalu menyusahkan ibu . Tiap2 hari dia mintak ibu duit semata2 untuk penuhi keinginan dia . Sampaikan barang rumah habis semua dijual dan akhirnya yang tinggal hanya sebuah tv buruk yang hanya tunggu masa nk rosak . Makan pakai semua terabai . Pernah suatu hari aku call ibu sebab nk hilangkan rindu , bila ditanya soal makan ibu mesti kata dah . Esoknya bila aku call lagi dan borak dengan adik aku pulak adik aku bgtau dah 2 hari beras takde kak , kami makan ubi kayu je . Ya ALLAH jatuh air mata aku . Waktu tu perasaan benci dekat ayah makin membuak .


Korang pernah tak pergi sekolah naik satu motor tapi penunggang 5orang . Aku tak pernah , tapi adk2 aku semua pernah . Yela sebab aku dok hostel kan .Motor ex5 buruk je korang . Mak aku yang bawak . 2 kat depan , mak aku bawak then lagi 2 kat belakang . Even adik bongsu aku kecik lagi waktu tu mak aku tetap bawak sebab taknak susahkan org lain nk kena jaga adik aku .Lagipun duit takde nak bayar .Nak suruh nenek aku tolong tengok2 kan takpayah laa , Nenek aku pilih kasih orangnya . Ibu dah terkena sekali dan dia akan ingat sampai bila2 . Sebabtu dia rela bawak dari tinggalkan anak dia dengan orang even darah daging sendiri .

Hari berganti hari , aku dah masuk ke sekolah menengah dan adik2 aku pun dah makin besar . Tapi ayah , masih dijalan hitamnya . Masih menyusahkan ibu . Seriously aku sebenarnya memang dah tak boleh tahan . Waktu ni aku memang dah benci dekat ayah . Adik2 aku pun rasa benda yang sama . Kami semua anggap ayah ni jahat . Kami adik beradik tak suka kalau ayah datang kat sekolah kalau ada event pape . Call ibu awal2 suruh ibu datang sorang je . Sampai macam tu sekali wey . Kadang2 aku terfikir mesti ayah akan terasa tapi bila aku ingat apa yang dia buat dekat ibu aku , terus aku lupakan semua tu dah simpan dalam hati yang ayah aku memang kejam . Waktu tu aku dah taknak fikir kebaikan ayah walaupun sejujurnya memang ada pengorbanan yang dia buat untuk aku dan adik2 .

Korang , tahun ni genap umur aku 23 . Bermakna sudah 3 tahun ayah berhenti daripada melukakan hati ibu . ALLAH tu maha kaya , pemurah lagi maha mengasihani kan . Dia makbulkan semua doa2 ibu . Dia balas kesabaran ibu dengan sesuatu yang amat2 kami harapkan dari seorang ayah . Alhamdullilah ayah kembali ke pangkal jalan . Ayah dah tinggalkan semua . 100% bersih dari Dadah dan arak . Itulah yang aku maksudkan sebagai mati hidup semula . Aku bersyukur sangat2 . Alhamdulillah adik aku yang kedua inshaALLAH akan tamatkan pengajian bulan 4 tahun depan , yang ketiga tengah spm dan bersekolah di salah satu sekolah terbaik di malaysia (SBP) , yang ketiga dan keempat disekolah harian biasa je . Aku pulak , korang doakan aku dapat sambung pelajaran aku semula ye , aku dah apply cuma tunggu result je ni .


ntuk para pembaca , walau jahat mana sekalipun mak n ayah kita tu tetap mak ayah kita . Hakikat tu takde siapa yang boleh ubah . Sejahat2 mereka , tetap ada pengorbanan yang mereka lakukan untuk membahagiakan kita .Kalau parents korang ada masalah mintak dorg bincang dari hati ke hati . InshaALLAH semua akan dipermudahkan .

Aku yang menyesal, Raudah Kakak Menyesal via IIUM.
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now