Selepas 5 Hari, Akhirnya Kebakaran Israel Dapat Dikawal Namun Lihat Jumlah Mangsa Dan Kemusnahannya


Selepas 5 Hari, Akhirnya Kebakaran Israel Dapat Dikawal Namun Lihat Jumlah Mangsa Dan Kemusnahannya | BAITULMAQDIS – Akhirnya, kebakaran yang memusnahkan sebahagian besar Israel dan di Tebing Barat sejak lima hari lalu dapat dipadamkan anggota bomba.
  
AFP melaporkan, tiada kematian namun 122 orang dirawat kerana cedera, terutama menyedut asap, kata pegawai perubatan.
  
Kira-kira 700 rumah rosak atau musnah ketika kebakaran yang diburukkan lagi angin kencang dan cuaca kering.
  
Pesawat bomba daripada sejumlah negara dilihat menyembur bertan-tan air dan bahan kalis api di kawasan bukit dan jajahan Tebing Barat.

Pada satu ketika minggu lalu, api marak di kawasan berhampiran bandar ini dan penduduk hanya mampu melihat rumah dan premis perniagaan rentung.

Jurucakap perkhidmatan bomba dan penyelamat Yoram Levy berkata, tiada lagi kawasan kebakaran aktif yang tertinggal.
  
“Sejak malam semalam, suasana agak tenang. Tiada aktiviti baharu,” kata
  
Menurut Levy, anggota bomba menangani kira-kira 2,000 kebakaran di Israel dan Tebing Barat, dengan 20 daripadanya kebakaran besar.
  
Pihak berkuasa Israel mengesyaki, sesetengah kebakaran dimulakan dengan sengaja dan dikaitkan dengan konflik Israel-Palestin.
  
Menteri Pertahanan, Avigdor Lieberman, hari ini dilaporkan berkata 17 daripada 110 kebakaran di Tebing Barat dikenal pasti perbuatan khianat, tanpa memberi butiran lanjut.

Sumber
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now