Trump rancang halang rakyat Malaysia masuk AS


Trump rancang halang rakyat Malaysia masuk AS | Donald Trump meraih kemenangan dalam pemilihan Presiden Amerika Syarikat, rakyat Malaysia berkemungkinan tidak akan dibenarkan mengunjungi negara itu.

Hal itu dinyatakan sendiri oleh Trump Isnin lalu, lapor CNN.

Dalam kenyataan itu, Trump berkata, rakyat dari beberapa negara yang mempunyai sejarah pengganas, tidak akan dibenarkan mengunjungi Amerika Syarikat.

Sejumlah 40 buah negara berada di dalam senarai itu termasuk Malaysia.

Kesemua negara-negara itu dibahagikan kepada empat kategori iaitu negara yang memberi pelindungan kepada pengganas (12 negara), negara yang memberi sokongan kepada pengganas (tiga negara), negara di mana pengganas beroperasi (14 negara) dan negara yang mempunyai kumpulan pengganas aktif (11 negara).

Trump mengklasifikasikan Malaysia berada dalam kategori pertama iaitu memberi pelindungan kepada pengganas.

Antara negara lain yang turut berada dalam senarai 40 negara itu ialah Indonesia, Filipina, Syria, Turki dan Perancis.


Halangan itu akan berterusan sehinggalah pihak keselamatan dan penyiasatan Amerika Syarikat dapat mencari jalan mengatasi isu pengganas.

Sumber : Astro Awani
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now