Rasa Pelik Guru Taska Tidak Boleh Makan Makanan Budak. Rupanya Bila Aku Lalu Di Dapur Aku Nampak...

Gambar Hiasan

Rasa Pelik Guru Taska Tidak Boleh Makan Makanan Budak. Rupanya Bila Aku Lalu Di Dapur Aku Nampak... | Hi guys. Aku tak pernah confess apa-apa lagi dalam ni. Kiranya ni 1st time sebab aku terbaca satu confess pasal ada orang kerja kat taska. Yes aku admit apa yang dia cakap memang betul dan lebih kurang macam cerita aku. Aku kerja taska ni masa aku habis spm, nak pengalaman kerja, so ada kawan mak offer jadi cikgu taska. Masa tu umur around 18-19.

Mula-mula tu asyik fikir macam mana nak handle budak-budak ni, mesti comel je. So itu lah kali pertama aku duk jauh dengan mak. Taska ni ada provide bilik untuk teacher tinggal kat situ. So the 1st day, budak-budak datang. Aku pon nak gelar cikgu A jugak. Haha. Ada 4 cikgu. So cikgu A,B,C dan aku D. Pagi tu pukul 6 budak-budak datang Cikgu A pasang surah sampai la semua budak dah datang, dorang beratur. Around 40-50 la aku rasa. semua tengok aku sebab aku cikgu baru. Lepas habis beratur masuk dalam, yang umur 4 dan 6 tahun belajar kat atas, 5 tahun kat bawah sebab diorang ramai.
Masa ni ramai budak-budak suka duk sebelah aku. Diorang cakap teacher baik. So masa pon berlalu sampai waktu makan, masa makan ni semua duduk dalam bulatan dan ada pinggan dan sudu. Oh ya, teacher di larang sama sekali makan makanan budak. Pelik kan? Nanti aku cerita.

Lepas makan aku kena sapu semua yang bersepah dan mop satu hall. Budak-budak duduk kat tangga. Semua bersusun sampai atas dan ada cikgu B guide kat atas. Dan yeah masa ni la bermula, masa tu ada budak tengah main acah-acah spiderman. Aku tengok je sambil mop. Tiba-tiba cikgu C amik rotan, aku ingat nak takutkan je. Sekali di libasnye badan budak tu. Tersentak budak tu sampai melompat.

Then cikgu A datang sambil jerit kuat-kuat, apa yang bising-bising ni, saya dah suruh duduk diam kan? Kenapa tak paham bahasa sangat. Budak2 tu duduk mcm takut sangat. Budak yang kena pukul tu tak henti menangis. Sebab die kena rotan banyak kali kat kaki. Pastu cikgu C tolak dan tampar kepala dia. Budak tu masih taknak diam, apa bongok la pujuk budak nangis macam tu. Yang paling aku sedih bila dia rentap budak yang nangis tu bawak masuk bilik bawah. Budak tu jerit taknak, taknak. Allahu, aku cakap kat cikgu A takpela biar saya pujuk. Pastu dia leh cakap, eh tak payahla nak tunjuk-tunjuk baik depan budak-budak ni. 

Aku macam “oh eh?” Sebab kan aku baru dan aku paling muda, aku diam. Dalam pada tu aku masih dengar tangisan seorang budak 5 tahun dalam bilik. Ya allah apa yg dia buat kat budak tu. Pastu cikgu C keluar bilik dan pantau budak kat tangga. Budak tu nama Aiman. Aiman masih lagi nangis dalam bilik. Then cikgu A cakap siapa main lagi, kena macam aiman tu. Paham tak? Semua angguk dan cakap paham. Lepas mop dah kering budak-budak bawak tilam dari atas turun bawah. Sekali dengan bantal selimut.

Dengan arahan cikgu A semua susun tilam. Dan diorang pon tidur. Masa ni dah pukul 12. Automatik semua tidur. Pelik kan? Aiman masih dalam bilik tp tak nangis dah. Aku nak tengok Aiman tp ada cikgu A kat situ. Aku ambil peluang untuk intai Aiman. Aku nak usap bahagian kena pukul tu, bila bukak pintu Aiman tengah tidur tersedu-sedu kat depan pintu. Sian dia.

After that dah bangun pukul 3, semua naik atas bergilir-gilir ambil wudhuk dan sembahyang zohor. Dan tunggu azan asar. Masa ni memang best tengok budak kecik solat. Tapi yang paling buat sakit hati bila budak gerak sikit cikgu C datang pukul budak-budak tu. Alahai gerak sikit je pon.

So itulah hari pertama aku dpt describe. Then bersambung hari seterusnya. Masa cikgu A masak, aku terrrrr lalu dapur, aku nampak dia tuang something dlm botol putih. Aku ingat mcm perencah ke apa kan. So aku buat bodoh je. Aku pegi tandas pastu keluar tandas, guess what apa aku nampak? Ubat batuk. Yea ubat batuk dia letak dalam masakan budak2. 

Aku macam “omg” patutla budak-budak tidur on time. Patutla cikgu dilarang makan makanan budak. Now i know. Kurang ajar. Dalam aku bebel dlm hati tu, tiba2 cikgu B turun tangga sambil pegang tangan sorang budak laki 6 tahun. dia tunjuk dpan budak 5 tahun, dia cakap ni aryan, aryan ni bodoh sebut R pon tak reti. Ya allah nak menangis sy tengok anak kecil tu dimalukan depan budak lain. Aryan menangis sebab kat atas tadi aku dengar suara dia bentak budak punya la kuat. Tingkap taska ni yang jenis tarik tutup tu. So tak dengar pon ko nak jerit kuat mana. Then dia tarik aryan masuk bilik kat bawah tu. Bilik bawah tu actually office owner. Tp owner takde, so diorang la guna. Aku taktau dia buat apa kat aryan. Aku hanya mampu duduk macam bodoh je.

Taska ni takde cctv so aku takleh nak buat apa. Sebab takde bukti. Masa ni aku pakai samsung corby je weh. Nak rakam asyik full je. Lagi pon cikgu A tak bagi aku pegang hp. Etika kerja katanya. Lol. Banyak lagi yg aku nampak, cikgu-cikgu ni suka pukul kepala, cakap budak-budak ni bodoh, pulau kan. Sampai aku rasa aku kejam sangat sebab biar. Aku pernah pujuk budak-budak, tapi aku kena marah dengan semua cikgu yang lain. Aku nak sangat owner taska ni tengok apa yang diorang buat kat budak-budak. Rupanya owner 2×5, kawan mak pulak tu. Haish aku tak berani nak komen pape. Tapi aku harap, make sure if anak kita cerita apa yg jadi, please trust them. Just please. Pastu bila dorang da balik rumah please focus on them, jangan leka dengsn fb. Tahu tak apa yang diorang dah lalui separuh hari kat taska tu? mentally tortured. Trust me.

Btw kalau pagi-pagi anak datang sambil menangis, cikgu-cikgu ni akan aim budak tu. Dan akan perli budak ni. Oh nangis ye depan mak kau, alahai manja sangat. Kau mengadu ye kat mak kau? So kau ingat mak kau boleh buat apa? Ha bodoh sambil tunjal kepala budak tu. Budak yang menangis ni memang diorang dahsyat sangat cara layanan. Tak bagi makan, tak bagi minum. Hmm dahla malas cerita sebab sedih bila teringat.

Umur aku pon dah 25 tahun ni. Ada anak 2, satu umur 3 tahun dan 1 tahun. Dah 4 kali tukar pengasuh, sbb aku boleh agak dari ekpresi muka anak yang pertama. Masa tu dia tak reti cakap lagi. Tapi aku dapat tangkap perubahan dia jadi pendiam dan suka pandang sambil buat muka takut. Ok tu je nak cerita. Tq for reading guys. -IIUMC

Sumber
RM50k sebulan dengan main handphone sahaja
Buat duit kerja di rumah. Gaji lumayan dalam USD. Daftar segera
loading...
loading...

0 comment... add one now