20 Gambar Majlis Akad Nikah Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi


20 Gambar Majlis Akad Nikah Mia Ahmad Dan Izham Tarmizi | Tahniah diucapkan kepada Mia Ahmad yang selamat bergelar isteri kepada Mohd Izham Tarmizi kira-kira jam 10.18 pagi tadi dengan sekali lafaz. Dalam majlis akad nikah itu, Mia telah dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Abdul Rashid Azidin dan turut bersaksikan bapanya sendiri, Ahmad Baderi.

Dalam majlis yang cukup indah itu, Mia menerima mas kahwin sebanyak RM2,000 manakala tujuh dulang hantaran daripada pihak pengantin lelaki berbalas sembilan dulang berserta wang hantaran. Bagaimanapun wang hantaran tidak didedahkan oleh pasangan ini.

Majlis yang dihadiri 200 tetamu itu terdiri daripada ahli keluarga, rakan terdekat serta saudara-mara pasangan. Pasangan ini akan mengadakan majlis resepsi di Taiping Golf & Country Club Perak esok. Manakala majlis menyambut tetamu pula akan diadakan di Terengganu pada Mac ini.

Dengan ini kami kongsikan beberapa gambar di sekitar majlis akad nikah Mia dan suami yang berlangsung sebentar tadi. 





















Sumber : Rotikaya





Terima kasih klik "Like" dan "Follow" untuk dapatkan info terkini
Lagi artikel menarik untuk anda

0 comment... add one now