Tonton Live Streaming JDT vs Felda United 27.1.2017 Liga Super



JDT vs Felda United. Saingan Liga Super 2017 telahpun bermula. Perlawanan pembukaan Piala Sumbangsih 2017 Johor Darul Takzim(JDT) vs Kedah telah menyaksikan pasukan Kedah dinobatkan sebagai pemenang setelah menang dalam penentuan sepakan penalti.

Pusingan Pertama Perlawanan Liga Super Malaysia 2017 sudah bermula 21 Januari 2017 lepas yang menyaksikan 6 perlawanan(di dalam jadual) tetapi pada hari perlawanan hanya 5 sahaja perlawanan yang berlangsung. Perlawanan antara Kelantan vs Melaka United terpaksa ditunda kerana keadaan padang yang becak disebabkan oleh cuaca hujan.

Hari ini 27 Januari 2017, pusingan kedua perlawanan Liga Super Malaysia 2017 akan berlangsung yang menyaksikan 12 pasukan yang bakal bersaing dalam 6 perlawanan.

Dek kerana 2 perlawanan sahaja yang akan disiarkan di TV3 dan TV9 maka dengan ini dua perlawanan ini bakal menjadi tumpuan ramai malam ini.

Selangor akan menentang Melaka United dan Johor Darul Takzim(JDT) menentang Felda United pada malam ini. Maklumat perlawanan adalah seperti berikut:

Selangor vs Melaka United(TV9)

Johor Darul Takzim(JDT) vs Felda United(TV3)


Terima kasih klik "Like" dan "Follow" untuk dapatkan info terkini
Lagi artikel menarik untuk anda

0 comment... add one now