Seluar Pelajar Digunting Guru Di Celah Kangkang Kerana Ketat Lelaki Ini Dedah Cerita Sebenar...


Guru-guru selalu menyangkakan tindakan-tindakan mereka itu betul, terutamanya dalam soal mendisiplinkan pelajar. Tetapi dalam situasi tertentu, mungkin sebenarnya apa yang dilakukan itu tidak sepatutnya dilakukan.
Pengguna Facebook, Ir Meor Shamshir, telah menceritakan satu situasi dimana seorang wanita yang dikenalinya dating untuk meminta bantuan membeli seluar panjang kerana seluar sekolah anak lelakinya digunting guru dicelah kangkang kerana seluar itu ketat. Namun ada cerita yang meruntun jiwa disebaliknya. 

Ikuti tulisannya :
Su penjual kek datang rumah petang tadi. Su tinggal di Pengkalan Chepa. Menjadi rutin Su, setiap Jumaat dia akan datang ke rumah kami menjual kek.
Kalau bisness dia tak menjadi, kami akan borong kek dia dan bagi jiran-jiran merasa.

Su adalah seorang ibu yang menanggung 7 orang anak. 5 bersekolah. Yang sulung anak lelaki. Tahun depan naik Tingkatan 5.

Petang tadi, dia memohon bantuan untuk membeli sepasang seluar panjang untuk anak lelaki sulungnya. Isteri saya tanya berkenaan anak-anaknya yang lain, sama ada nak pakaian sekolah yang baru atau tidak?

Su kata, anak-anak yang lain tak kisah pakai yang lama. Lagi pun masih elok katanya. Dia hanya nak mohon bantuan untuk belikan seluar panjang untuk anak lelaki sulungnya saja.

Su cerita, seluar yang anak lelakinya pakai tu dah 2 tahun dipakainya. Ditakdirkan, bulan September lepas, cikgu buat spot check. Akibat kelihatan ketat, cikgu menggunting seluar anaknya di celah kangkang.

Su kata, masa tu, duit nak makan dan wang saku sekolah pun tak cukup, apatah lagi nak belikan seluar yang baru. Masa ni, air mata Su dah mengalir.
Selama beberapa hari, anak sulungnya ke sekolah dengan memakai seluar yang terkoyak di celah kangkang. Semasa di sekolah, akibat seluarnya koyak, Su kata, cikgu bagi anaknya pakai kain pelikat semasa belajar.

Selepas beberapa hari, Su ikhtiar mencari seluar terpakai untuk anaknya. Mujur ada hamba Allah yang sudi sedekahkan. Itu pun ketat juga.

Seperkenalan kami, jarang Su meminta-minta. Dia akan ikhtiarkan mencari rezeki sendiri selagi dia mampu. Mungkin kali ini dia dah pushed to the corner.
Anak sulungnya itu pula, baik budaknya. Walaupun miskin, dia hormat ibunya. Belum pernah saya dengar Su merungut pasal anak-anaknya.

Saya merayu kepada guru-guru di sekolah supaya melihat anak-anak asuhan anda dengan mata hati. Bukan semuanya pemakai seluar yang ketat itu berfesyen dan sengaja mahu menonjolkan diri mereka.

Pasanglah telinga. Bukalah mata. Ziarahlah anak-anak yang bermasalah ini sebelum menghukum mereka.

Menggunting seluar kerana ketat dan memakaikan kain pelikat kepada mereka apabila seluar yang digunting itu dipakai lagi ke sekolah bukanlah cara mendidik. Itu menghukum dan mengaib namanya.

Bersyukurlah cikgu, seluar cikgu lega sebab poket cikgu lega. Air mata orang miskin jangan dimain cikgu, yang lega boleh jadi ketat dibuatnya nanti
Ada kalanya apabila kita hidup senang, kita tidak memahami keadaan sebenar orang lain. Harga sehelai seluar sekolah mungkin teramat murah bagi kita, boleh membeli sambil pejam mata, tetapi sebenarnya sangat mahal dan sukar untuk dibeli orang lain.Sama dengan nilai RM 20 pada kanak-kanak ini.

Mungkin atas dasar ini, ada yang tidak menghormati guru seperti sepatutnya. 

Apa pendapat anda?

Artikel di dalam blog ini hanyalah perkongsian dari pelbagai website dan blog yang bertujuan untuk berkongsi maklumat dengan masyarakat umum. Sekiranya perkongsian artikel yang dipaparkan disalah-ertikan, kami tidak akan bertanggungjawab.

Sumber
Terima kasih klik "Like" dan "Follow" untuk dapatkan info terkini
Lagi artikel menarik untuk anda

0 comment... add one now